Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, June 7, 2014

Lee Huan Yee Memenangi Cabutan Utama KIA-FIFA ke Brazil

Lebih 1,000 peserta telah menghadiri cabutan utama Piala Dunia KIA-FIFA 2014 telah diadakan sebagai promosi kemuncak syarikat Grand Motors dalam promosi KIA Piala Dunia yang berlangsung di Bilik Pameran Kia di Beribi semalam. 

Dalam cabutan itu menyaksikan Lee Huan Yee selaku pemenang bertuah berjaya memenangi berupa ti

ket untuk dua orang menyaksikan Piala Dunia 2014 di Brazil. selain itu, Rohani binti Haji Badar telah memenangi tempat kedua dimana beliau mendapat Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, dan Muhd Noor Firdaus @ Ramlee Hj Jaafar telah menang tempat ketiga dan membawa balik Samsung Galaxy S4 Active. Tempat keempat telah dimenangi oleh Nor Ameizalina Binti Mohamad Zulazri dengan hadiah Kamera Samsung Galaxy dan pemenang terakhir, Siti Nurhazwani binti Mahali telah menang Samsung Galaxy Tab 3.

Hadir semasa cabutan tersebut ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Encik Frankie Ho, Pengarah Eksekutif, Hj Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad dan Pengiran Haji Abdul Qahar Bin JPA Mej Jen (B) Pengiran Haji Ibnu Basith, Baiduri Finance Berhad, Hj Muhammad Ali Bin Hj Metusin dan Pengarah Urusan BIBD AT-Tamwil Berhad, Irwan Haji Lamit.
promosi ini adalah bersempena kedatangan Piala Dunia 2014 yang akan diadakan tidak lama lagi, dan KIA adalah sSebagai penaja utama 2014 FIFA World Cup di Brazil, Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam telah menjalankan jerayawara bergerak bertemakan FIFA dan aktiviti uji pandu dari bulan Mac hingga Mei 2014.

Aktiviti hebat dalam jerayawara itu disediakan untuk orang ramai terutama pelanggan KIA yang boleh mengikuti aktiviti seperti permainan Kia Speed ​​Kicker dan mengambil Gambar secara Selfie bersama Fuleco. 

Peminat Kia juga boleh menyaksikan model Kia kegemaran mereka dan juga memenangi barangan eksklusif dari KIA-FIFA. Mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti uji pandu telah diberi baju-T Piala Dunia Kia-FIFA original dan peluang untuk mengikuti cabutan bertuah untuk memenangi penerbangan untuk dua orang untuk menonton Piala Dunia FIFA 2014 Separuh Akhir secara langsung di Brazil dan hadiah-hadiah hebat yang lain seperti Samsung Galaxy Note 3 LTE 4G, Samsung Galaxy S4 Active, Kamera Samsung Galaxy dan Samsung Galaxy Tab 3. Pelanggan yang membuat uji pandu dan/atau membeli mana-mana model Kia dari 1 Mac hingga 31 Mei 2014 layak untuk mengikuti promosi ini.