Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Citroen C3. Show all posts
Showing posts with label Citroen C3. Show all posts

Sunday, November 26, 2017

Uji Pandu keluaran baru Citroen C3 & C4


Grand Motors Sdn Bhd pengedar tunggal Jenama Citroen hari ini mengadakan Uji Cuba kereta Citroen C3, model terbaru generasi ke 3 untuk C3.

Citroen C3 yang diperkenalkan di Brunei Motor Show pada bulan Oktober setakat ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Semasa sesi uji cuba, kereta C3 berkenaan memang mempunyai citarasa dan keselesaannya tersendiri berbanding dengan kereta-kereta di peringkat tengah.

Bagi model terbaru ini pula, sejak diperkenalkan pada 2016 iamenjadi antara model terlaris Citroen.

Dari pandangan luaran, C3 masih mengekalkan rekaan badan yang bulat tetapi dengan keistimewaannya yang tersendiri, lebih sportif, memiliki keperibadiannya tersendiri, manakala cermin hadapannya pula masih kekal memberikan pandangan lebih luas buat pemandu dan penumpang. 


Ruangan dalaman juga cukup selesa. Bahagian simpanan barangan pula menawarkan keluasan sehingga 300L dan sesuai bagi mereka yang mahu membeli-belah. 

Menyentuh tentang powertrain, C3 dijana unit enjin 1.2L Turbo Charge/direct injection dengan penghantaran kuasa ke roda hadapan dibantu dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Semasa sesi uji cuba, Mantuka juga berkesempatan menguji cuba kereta Citroen C4. Kehadiran versi C4 ini memiliki penampilan yang sama dengan yang lain. Ia mengetengahkan imej mempesonakan selain memiliki ruangan yang lebih lapang sesuai untuk mereka yang berkeluarga. 


Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan.

Ruangan dalaman pula menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama.

Bagi keselesaan penghuni di barisan hadapan, Citroen C4 membuat reka bentuk yang lebih simple, tampat duduk yang selesa sesuai untuk perjalanan jauh. Ciri inovatif lain yang turut disediakan adalah paparan head-up berwarna di atas bilah lutsinar, keyless entry, sensor parkir depan dan belakang, brek parkir elektronik dan pengelap automatik.

Manakala kuasa enjin Citroen C4, tampat lebih kepada seperti enjin biasa akan tetapi ia dijana unti enjin 1.2 Liter dengan kuasa Turbo-Charge yang membolehkan kereta berkenaan membuat pecutan dengan pantas.

Friday, February 26, 2016

Uji Pandu & Menangi Sebuah Citroen C3

Uji pandu mana-mana model Citroen atau DS esok, Sabtu, 27hb hingga 28hb Febuari 2016 bertempat di Supa Save, Seria dari jam 10 pagi hingga 4 petang untuk berpeluang memenangi sebuah kereta Citroen C3 baru semasa cabutan utama nanti.



Sunday, December 13, 2015

Uji Pandu & Menangi Sebuah Citroen C3

Uji pandu mana-mana model Citroen atau DS hari ini, Ahad, 13hb Disember 2015 bertempat di Starbucks Beribi dari jam 10 pagi hingga 4 petang untuk berpeluang memenangi sebuah kereta Citroen C3 baru semasa cabutan utama nanti.


Saturday, August 29, 2015

Pelancaran Citroen C3 di Pasaran Brunei Darussalam

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Bersempena dengan pelancaran model terbaru Citroen C3 yang berlangsung semalam di Bilik Pameran Citroen, Beribi, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad juga hari ini mengadakan Jerayawara Citroen yang berlangsung di Pusat membeli-belah Times Square.




Jerayawara itu akan berjalan dari 28 hingga 30 Ogos ini mempamerkan model-model barisan DS seperti DS3, DS4, DS5 dan barisan C iaitu C4 Grand Picasso dan keluaran terbaru C3.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi jerayawara tersebut untuk menyaksikan lebih dekat model-model menarik yang didatangkan dari Negara Perancis dan membuat uji pandu.




Friday, August 28, 2015

Uji Pandu Citroen C3: Citroen C3 ala Sebuah Kereta Mini


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Citroen sudah lama diiktiraf bagi reka bentuk yang canggih dan kejuruteraan pintar adalah sebahagian daripada Kumpulan PSA, yang merupakan pengeluar Eropah kedua terbesar kereta dan pengeluar utama kenderaan komersil ringan.

Ramai menyangka jenama tersebut pernah berada di Negara ini pada dulu kalanya tetapi tidak semana-mana menghilang tanpa mempunyai sebab tertentu. Dengan pengedar baru ini iaitu Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, Citroen memutuskan untuk kembali dengan memperkenalkan model varian terbarunya yang lebih memuaskan.


Setelah berjaya memperkenalkan beberapa varian kereta barisan DS, kini Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad menambah lagi barisan Citroen dengan menampilkan model dalam kelas C iaitu Citroen C3.

Citroen C3 adalah sebuah kereta berukuran mini memang sudah lama berada sejak tahun 2002, dan sekarang C3 direka bentuk andaikan seperti C4 Grand Picasso tetapi berbadan kecil dengan lebih dinamik dan dimuatkan dengan ciri-ciri berteknologi tinggi. 


Seperti Citroen lainnya, Citroen C3 menumpukan kepada keselesaan dan pemanduan yang menyeronokkan yang sesuai bagi siapa sahaja yang memilikinya. Model ini setentunya selesa dikawasan Bandar yang mana kebanyak pemandu menggunakan seperti kereta berkenaan.

Citroen mementingkan kepada penglihatan sekeliling bagi pemandu dan penumpang sebab itu jika memasuki mana-mana kereta Citroen, kita akan dapat melihat pemandangan luar tanpa banyak halangan dari frem kereta. C3 juga boleh didapati dengan cermin Zenith yang boleh diregangkan kebelakang untuk membolehkan cahaya memasuki kedalam kabin.




Walaupun dari luar kereta ini agak kecil tetapi didalam mempunyai ruang yang luas terutama dibahagian depan. Becakap mengenai bahagian dalam, kualiti barangan yang digunakan didalam C3 ditahap baik dengan kulit leather yang nyaman untuk disentuh, ruang kepala dan kaki yang luas untuk berlegar.

C3 hanya boleh diperolehi dengan transmisi automatik dengan menggunakan enjin jenis 1.6 VTi mempunyai kuasa 190 kelajuan maksima digabungkan teknologi Multipoint Electronic Fuel Injection bagi pengurangan penggunaan emisi CO2.

Antara fungsi-fungsi yang dilengkapi didalam kereta ini termasuk pemain CD, skrin monitor serba guna berwarna, sistem Navigasi satelit, Bluetooth, AUX dan USB Port. 

Citroen C3 mengutamakan kepada keselamatan, C3 turut diberikan anugerah keselamatan yang sama seperti DS3 iaitu lima bintang dari ujian kemalangan Euro NCAP. Tambahan tayar juga diberikan sebagai jualan standard dan dua pin tempat duduk kanak-kanak ISOFIX turut dilengkapi. Selain itu, empat bag udara depan dan belakang, bantuan brek kecemasan keselamatan dan anti-lock brake sebagai kelengkapan standard.