Mantuka

Sunday, November 26, 2017

Uji Pandu keluaran baru Citroen C3 & C4


Grand Motors Sdn Bhd pengedar tunggal Jenama Citroen hari ini mengadakan Uji Cuba kereta Citroen C3, model terbaru generasi ke 3 untuk C3.

Citroen C3 yang diperkenalkan di Brunei Motor Show pada bulan Oktober setakat ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Semasa sesi uji cuba, kereta C3 berkenaan memang mempunyai citarasa dan keselesaannya tersendiri berbanding dengan kereta-kereta di peringkat tengah.

Bagi model terbaru ini pula, sejak diperkenalkan pada 2016 iamenjadi antara model terlaris Citroen.

Dari pandangan luaran, C3 masih mengekalkan rekaan badan yang bulat tetapi dengan keistimewaannya yang tersendiri, lebih sportif, memiliki keperibadiannya tersendiri, manakala cermin hadapannya pula masih kekal memberikan pandangan lebih luas buat pemandu dan penumpang. 


Ruangan dalaman juga cukup selesa. Bahagian simpanan barangan pula menawarkan keluasan sehingga 300L dan sesuai bagi mereka yang mahu membeli-belah. 

Menyentuh tentang powertrain, C3 dijana unit enjin 1.2L Turbo Charge/direct injection dengan penghantaran kuasa ke roda hadapan dibantu dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Semasa sesi uji cuba, Mantuka juga berkesempatan menguji cuba kereta Citroen C4. Kehadiran versi C4 ini memiliki penampilan yang sama dengan yang lain. Ia mengetengahkan imej mempesonakan selain memiliki ruangan yang lebih lapang sesuai untuk mereka yang berkeluarga. 


Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan.

Ruangan dalaman pula menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama.

Bagi keselesaan penghuni di barisan hadapan, Citroen C4 membuat reka bentuk yang lebih simple, tampat duduk yang selesa sesuai untuk perjalanan jauh. Ciri inovatif lain yang turut disediakan adalah paparan head-up berwarna di atas bilah lutsinar, keyless entry, sensor parkir depan dan belakang, brek parkir elektronik dan pengelap automatik.

Manakala kuasa enjin Citroen C4, tampat lebih kepada seperti enjin biasa akan tetapi ia dijana unti enjin 1.2 Liter dengan kuasa Turbo-Charge yang membolehkan kereta berkenaan membuat pecutan dengan pantas.