Nissan Brunei melalui Boustead Sdn Bhd baru-baru ini telah berjaya menganjurkan acara 'Fairlady Z Drive' khusus bagi meraikan penglibatan wanita dalam dunia permotoran pada 25 Julai lalu.
Acara berkonvoi berkenaan telah menghimpunkan seramai 15 orang peserta wanita yang berpeluang merasai sendiri pengalaman gaya hidup serta kehebatan pemanduan jentera Nissan Fairlady Z.
Perjalanan konvoi tersebut bermula dari bilik pameran Nissan Brunei dan berakhir di Kafe Kreme.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi ruang dan sokongan kepada peminat permotoran dalam kalangan wanita di samping mengeratkan hubungan sesama komuniti penggemar kereta di Brunei.
Pihak penganjur berharap acara seumpama ini dapat memberi inspirasi serta pengalaman unik kepada para peserta yang terlibat.
.png)