Monday, August 3, 2026

 


BRUNEI – Tepukan gemuruh dari orang ramai yang berada di The Mall Gadong setelah Dayang Awadah binti Hetta muncul sebagai pemenang utama cabutan akhir promosi GWM Brunei baru-baru ini yang mana beliau telah memenangi sebuah kereta GWM HAVAL Jolion FL baharu.

Cabutan akhir itu berlangsung di The Mall Gadong semasa Karnival GWM dijalankan bermula 29 Julai hingga 2 Ogos ini nanti. Hadiah tersebut berupa GWM HAVAL Jolion FL disampaikan oleh Pengiran Irwan @ Pengiran Irwan Ab Rahaman bin Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman, Pengarah Urusan Berjaya Sdn Bhd, dan disaksikan oleh Pengarah Berjaya Sdn Bhd, Chieng Sin Kui.

Selain hadiah utama, empat lagi pemenang lain turut menerima baucar membeli-belah bernilai BND $150.00 bagi tempat kedua, BND $100.00 bagi tempat ketiga, serta BND $50.00 masing-masing bagi tempat keempat dan kelima. Semua peserta cabutan bertuah turut menerima baucar minuman Ai Cha sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka.

Karnival GWM ini juga menjadi platform untuk meraikan pelancaran rasmi GWM ORA 05 di Brunei pada 29 Julai 2026, yang telah menerima lebih daripada 100 tempahan termasuk pra-tempahan sebelum pelancaran.

Model ini menarik perhatian ramai dengan harga promosi bermula BND 24,900, reka bentuk retro yang ekspresif, ciri keselamatan menyeluruh serta kesesuaian untuk kegunaan harian.