BRUNEI - Jetour Brunei di bawah naungan Best Auto Sdn Bhd sekali lagi mencatat sejarah baru apabila menyerahkan 50 unit kenderaan Jetour, merangkumi model Jetour Dashing dan Jetour X70 PLUS, kepada pemilik baharu mereka dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Amber Hill petang tadi.
Majlis penyerahan tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting bagi jenama Jetour di pasaran Brunei, yang terus menunjukkan peningkatan permintaan terhadap model SUV berteknologi moden dan bergaya premium.
Para pemilik turut diraikan dengan jamuan ringan dan sesi bergambar bersama pasukan Best Auto Sdn Bhd sebelum membawa pulang kenderaan masing-masing.
Dengan penyerahan kali ini, jumlah keseluruhan jualan Jetour di Brunei kini telah melepasi angka 200 unit, memperkukuh kedudukan jenama tersebut sebagai antara pilihan utama dalam segmen SUV tempatan.
Model Jetour Dashing dan Jetour X70 PLUS terus mendapat pujian atas reka bentuk elegan, ruang dalaman luas serta ciri keselamatan dan keselesaan yang canggih.
Best Auto Sdn Bhd menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kehadiran Jetour di Brunei melalui pelbagai aktiviti promosi dan khidmat selepas jualan yang berkualiti tinggi, sejajar dengan visi mereka untuk membawa pengalaman pemanduan premium kepada pelanggan tempatan.
