Sunday, August 2, 2026

 


BRUNEI - TCY Motors telah menetapkan harga tawaran pelancaran rasmi Foton Tunland V7 yang hanya berharga BND$43,800. Dengan ini orang ramai dijemput hadir ke Acara Hari Terbuka sempena pelancaran rasmi model Foton Tunland V7 bermula hari ini yang dibawakan oleh T.C.Y. Motors Sdn Bhd.

Acara ini berlangsung bermula 31 Julai hingga 2 Ogos di Bilik Pameran Foton, Kiarong. Para pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan menerusi sesi uji pandu serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah gajet menarik sepanjang acara berjalan.

​Model Foton Tunland V7 2.0T Mild Hybrid Auto 4X4 Diesel ini ditawarkan pada harga promosi pelancaran khas On-The-Road (OTR) iaitu BND $43,800 berbanding harga indicative biasa BND $50,289.

​Bagi kelengkapan standard, kenderaan ini dilengkapi dengan kualiti tempat duduk leatherette, stereng kulit pelbagai fungsi beserta paddle shifter, sistem kemasukan tanpa kunci pasif, dan tetingkap kuasa. Sistem pencahayaan menggunakan lampu hadapan C-LED automatik dengan fungsi pengesan cahaya, DRL dinamik, lampu kabus halogen dengan bantuan selekoh, serta cermin sisi elektrik berserta isyarat belok LED.

​Bahagian dalaman disokong oleh paparan pusat 10.1 inci dan sistem audio empat pembesar suara. Untuk aspek keselamatan dan pemanduan, ia dibekalkan dengan beg udara hadapan berganda dan sisi, kawalan pegang bukit, kawalan turun bukit, auto vehicle hold, kamera undur bersama sensor radar belakang, kawalan jelajah dengan penyekat kelajuan, pintu belakang ruang kargo dengan strut gas jenis soft opening, serta rim aloi berkeupayaan 18 inci.