Saturday, August 1, 2026

 


BRUNEI - Maju Motors telah mendedahkan pencapaian luar biasa apabila jualan model BYD Sealion 6 kini secara rasminya telah mencecah 1,008 unit di Brunei.

​Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong, dalam ucaptamanya berkongsi beberapa maklumat statistik jualan terkini yang menunjukkan keyakinan tinggi orang ramai terhadap kenderaan SUV jenis PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle).

Selain Sealion 6, Maju Motors turut mendedahkan angka jualan bagi model-model lain termasuk BYD Seal 5 sebanyak 328 unit, BYD M9 sebanyak 136 unit, BYD Sealion 8 sebanyak 112 unit, BYD Sealion 7 sebanyak 109 unit, dan BYD Shark 6 sebanyak 99 unit.

Pencapaian kolektif ini mengukuhkan kedudukan BYD sebagai peneraju utama pasaran dalam segmen NEV (New Energy Vehicle) di Brunei.

​Sejarah prestasi Maju Motors bersama jenama BYD di Brunei mencatatkan pertumbuhan yang amat pesat.

Pada tahun 2024, Maju Motors mencatatkan jualan sebanyak 89 unit kenderaan BYD dan telah dikurniakan Anugerah Pertumbuhan Jualan Terbaik 2024 di Persidangan Pengedar BYD Asia Pasifik.

Momentum ini berterusan apabila jenama BYD mempertahankan kedudukannya sebagai jenama NEV nombor satu di Brunei selama dua tahun berturut-turut pada 2024 dan 2025, sekaligus mencetuskan gelombang penerimaan kenderaan elektrik dan hibrid yang lebih meluas dalam kalangan pengguna tempatan.