Monday, June 1, 2026

 

BRUNEI - Boustead Sdn Bhd telah memeterai kerjasama dengan AKIF Media Marketing & Event, yang diwakili oleh Konsultan Pengurusan Perniagaan Lim Jin Yee dan Pengarah Perlumbaan Pg Danny bin Pg Tajuddin.

Gabungan visi Boustead dan kepakaran AKIF dijangka menjadikan 'Boustead 70th Anniversary Half Marathon' sebagai acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-70. Seperti lazimnya, acara maraton berprestij ini dijangka akan menarik banyak penyertaan dijadualkan pada 4hb Oktober tahun ini.

Boustead Sdn Bhd merakamkan penghargaan kepada pelanggan, rakan perniagaan, kakitangan, dan semua pihak berkepentingan atas sokongan yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat selama tujuh dekad.

Dengan berbekalkan nilai integriti, kebolehpercayaan, inovasi, dan kecemerlangan berorientasikan pelanggan, Boustead bertekad untuk terus maju ke hadapan.