Acara eksklusif ini berlangsung selama lima hari bermula dari 3 hingga 7 Jun 2026, dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 100 malam.
Antara kenderaan yang dipamerkan ialah BYD Sealion 6 yang merupakan SUV PHEV paling laris di Brunei, SUV PHEV tujuh tempat duduk BYD Sealion 8 yang luas, serta MPV PHEV mesra keluarga BYD M9. Turut memeriahkan pameran adalah kenderaan elektrik berprestasi tinggi BYD Sealion 7 dan BYD Seal 5 yang terkenal sebagai antara sedan PHEV yang mempunyai jarak pemanduan paling jauh dalam kelasnya.
Selain itu, model mewah yang sangat dinantikan iaitu DENZA B5 turut membuat kemunculan. Model ini merupakan sebuah SUV mewah lasak premium yang menggabungkan keupayaan pemanduan lasak dengan keselesaan canggih serta teknologi terkini.
Sempena pameran ini, pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana kenderaan BYD atau DENZA sepanjang tempoh acara akan menikmati promosi eksklusif yang hanya tersedia di lokasi pameran The Mall.
Orang ramai digalakkan untuk mengunjungi jerayawara ini sebelum ia berakhir pada 7 Jun 2026 bagi menerokai model-model terbaharu serta mengambil peluang keemasan untuk melakukan sesi pandu uji yang disediakan di tapak acara.
