Saturday, May 30, 2026

 


BREAKING NEWS - Lima (5) jenama baharu akan diperkenalkan nanti oleh Syarikat Boustead Sdn Bhd dikongsikan oleh Pengurus Eksekutif Boustead, Lim Jin Lee semasa majlis sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan Syarikat Boustead Sdn Bhd di negara Brunei Darussalam. Beliau juga mendedahkan bahawa sebanyak 25 buah model baharu juga akan dilancarkan dari jenama-jenama tersebut.

Beliau turut mengongsikan sejarah awal Syarikat tersebut bermula dari tahun 50’an sebagai sebahagian daripada pengembangan serantau Kumpulan Boustead, syarikat ini telah berkembang menjadi salah satu peneraju industri automotif dan perindustrian negara. Sepanjang tujuh dekad, Boustead telah mewakili jenama global seperti Nissan, Suzuki, Volvo Trucks, UD Trucks, TCM, dan Ducati, serta terus memperluas operasi dan perkhidmatan pelanggan di seluruh negara.

Boustead juga akan giat aktif dalam pelbagai aktiviti termasuk membawa jenama baru dan teknologi terkini untuk kepuasan pelanggannya termasuk menaiktaraf bengkel dipanggil sebagai ‘Pusat Voltage Tinggi’ dikhaskan untuk penyelenggaraan kereta mempunyai Voltage Tinggi seperti jenis PHEV dan EV serta memperkenalkan unit kenderaan keselamatan ahli bomba berteknologi canggih melalui jenama Rosenbauer.

Boustead Sdn Bhd telah melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-70 dengan Majlis Aktivasi khas yang berlangsung di Serambi Batil Hall, Tarindak D’Seni menandakan permulaan sambutan sepanjang tahun bagi memperingati tujuh dekad kecemerlangan perniagaan, inovasi, dan khidmat kepada Brunei Darussalam.

Majlis tersebut menghimpunkan Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan kanan, rakan perniagaan, wakil media, komuniti larian, personaliti kecergasan, serta tetamu jemputan untuk meraikan pencapaian penting ini. Pelancaran rasmi turut diserikan dengan pembukaan logo ulang tahun ke-70 secara digital oleh Pengerusi Lim Jin Yong bersama pasukan pengurusan, diikuti dengan upacara pemotongan kek sebagai simbolik pencapaian bersejarah syarikat.