Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, July 3, 2020

Toyota Wigo menarik citarasa tempatan



Toyota Wigo Serba Baru diperkenalkan ke pasaran negara semalam oleh @toyotabrunei semalam.
.
Model ini nampak lebih bertenaga dan dinamik dibandingkan model sebelum ini.
.
Digabungkan dengan gaya hidup tempatan kitani, Wigo terbaru ani nampak lebih menyerlah, berprestasi, berkualiti dan sebagai rakan pemanduan, Wigo ani sesuai bagi perjalanan seharian terutama anak muda kitani.
.
Model jenis Hatchback ini dimuatkan dengan enjin 1.0L, 3 silinder DOHC ini, berkonsepkan sama sebagai lawan rapat biskita bersama setiap hari.

Bercakap pasal ruang luar Wigo terbaru, sekarang dilengkapi kit badan depan yang lebar dengan tambahan lampu kabus. Lampu depan yang baru ditambah jenis lampu projector dengan tambahan LED dibahagian depan dan belakang.
.
Kalau atu inda cukup, model ani jua ditambah rim desain baru dan spoiler mempunyai lampu brek jua untuk nampak ragad lagi.
.
Tambahan lagi, ruang dalam yang luas memberi keselesaan bukan saja reka bentuk moden yang nampak dari perubahan instrument cluster jenis LCD Digital, cermin automatik, tempat duduk bergaya dan Audio Entertainment 2 Din yang mampu berhubung melalui CD, MP3, USB,AUX dan Bluetooth.
.
Toyota Wigo ani disediakan dengan 4 kelajuan Automatik transmisi lebih memudahkan perjalanan abiskita.

Kalau kitani meliat dari segi keselamatannya, Wigo dilengkapi beg udara SRS, Anti-Lock Braking System (ABS), tali pinggang keledar dengan Pretensioner dan ISOFIX bagi menjaga keselamatan anak biskita semasa memandu.

Jadi kalau biskita berminat kerita cili padas-padas, nasi hari-hari, Pais, panas-panas dan kopi kaw-kaw bah iatah sudah ni pasal harganya juaa kaw!!


Mahal kah kerita ani?, sebaiknya singgah tah ke bilik pameran Toyota Brunei, syarikat NBT Brunei untuk memahami lebih lanjut model kegemaran kitani ani.
.