Mantuka

Hyundai i30N

Wednesday, June 17, 2020

Toyota Etios dipercayai dengan harga berpatutan







Gambar dari : Toyota Brunei

Bagi anda yang ingin memiliki sebuah kereta yang boleh dipercayai, Toyota Etios adalah antara pilihan terbaik untuk abiskita. Toyota Etios sudah dikenali di beberapa Negara Asia oleh kerana kepercayaan ramai dari segi kualiti dan ketahanannya.

Selain harga terjangkau, model ini tidak jauh berbeza dengan model Etios sebelum ini yang setentunya sesuai bagi perjalanan Bandar mahupun di kampong terutama perjalanan seharian anak abiskita menuju ke kolej pembelajaran mereka.

Etios mempunyai reka bentuk depan berbeza dengan lampu utama yang besar berbentuk dome yang boleh kawal untuj memberi pancaran sinar lampu bagi menerangi jalan. Tambahan lagi, Etios dimuatkan dnegan lampu kabus untuk menambah keselamatan perjalanan semasa waktu hujan atau berjerebu.

Toyota Etios dengan spesifikasi enjin 1.5 Liter 16-Valve Petrol bergerak melalui 5-kelajuan transmisi manual yang disediakan dengan dua jenis varian iaitu Sedan dan Hatchback bagi pelanggan yang menginginkannya mengikut kesesuaian gaya hidup dan keperluan masing-masing.

 
Walaupun berbadan kecil, tidak kereta apa jua jenis varian, Toyota sangat cerdik dengan reka bentuk kontemporari di dalam kabin yang luas di bahagian pemandu serta boleh memuatkan tiga penumpang dibahagian belakang dengan ruang kepala dan kaki yang luas untuk memberi keselesaan semasa dalam perjalanan.

Bagi model Sedan, pemilik kereta boleh menyimpan lebih banyak barangan dengan pelbagai jenis reka bentuk dan ukuran. Model Hatchback Etios, tempat duduk penumpang dibahagian belakang boleh dilipat. Ini membolehkan ruang kabin akan lebih luas untuk menyimpan barangan yang lebih besar atau panjang.

Keselamatan amat penting bagi jenama Toyota yang mana model ini dilengkapi dengan beg udara SRS berkembar, sistem brek Anti-Lock dan keselamatan lain. 

Selain itu, teknologi yang dilengkapi termasuk Sistem Audio dengan perhubungan Bluetooth dan USB, Optitron Combimeter dan Penghawa Dingin dengan Multidirectional vents bagi memastikan fungsi penyejukan unik 360 pusingan serta tambahan ruang penyimpanan.