Mantuka

Hyundai i30N

Wednesday, July 29, 2020

Awang Suhaibul memenangi Porsche Macan S dalam promosi Shell V-Power 2020

Pemenang bertuah Suhaibul bin Awang Haji Ahmad dengan senyum lebar beliau, membawa balik sebuah kereta Porsche Macan S dalam Cabutan Utama Shell V-Power @bruneishellmarketing pada malam tadi.
.
Dari 10 finalis yang dijemput, Suhaibul berjaya merentasi detik-detik perjalanan pilihan yang mendebarkan sehinggakan hanya tiga finalis diberi kotak untuk yang mana satu dari kotak disimpan dengan kunci kereta Porsche Macan S.
.


Dalam cabutan yang terakhir itu, Suhaibul yang berada ditengah dari tiga finalis lain berjaya memilih kotak yang berisi dengan kunci tersebut dan di sahkan sebagai pemenang cabutan itu.
.
Hadir menyaksikan acara penuh kemeriahan itu, Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Ahli Lembaga Pengarah. Yang Berhormat juga berkesudian menyampaikan mok cek kepada Suhaibul bersama dengan Pengarah Urusan BSM, Muhammad Nurshafiee Dato Paduka Haji Abdul Jalil.
.
Manakala 9 lagi finalis lainnya diberikan saguhati dari Brunei Shell Marketing.