Mantuka

Hyundai i30N

Friday, May 15, 2020

Promosi 'Maritah Menang Toyota' bagi bulan Mei ini


Sempena menyambut bulan Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri, @toyotabrunei NBT Brunei Sdn Bhd mengadakan promosi ‘Maritah Menang’ bagi pelanggan baru yang membeli mana-mana model Toyota.
.
Diadakan bermula pada masa ini hingga 31 Mei 2020, pelanggan tersebut akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa bernilai sehingga B$40,000.
.
Promosi unik ini membolehkan pelanggan mengambil pengalaman sendiri melalui cabutan hadiah secara portal digital bukan saja membawa balik kereta baru mereka bahkan membawa balik pelbagai jenis hadiah menarik. 
.
Menurut Penolong Pengurus Besar Pemasaran NBT Brunei Sdn Bhd, Audrey Yong hadiah digital boleh dimiliki dengan hanya dua langkah sahaja iaitu dengan membeli mana-mana model Toyota ja dan kemudian menangi hadiah anda menerusi ‘Digital Click and Win’.

Promosi ini adalah salah satu cara Toyota Brunei tanda penghargaan kepada pelanggan di atas sokongan berterusan mereka selama ini, terutama sekali di bulan yang baik dan penuh berkah ini.

Untuk menyertai promosi ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang Toyota dan media sosial lain atau mengunjungi mana-mana cawangan NBT Brunei untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.