Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, May 12, 2020

LEX’Perience Ramadhan, Lexus ganjaran hebat melalui “Wheel of Experience”


Peluang besar bagi pemilik baru Lexus, bermula 1 hingga 31 Mei ini Lexus Brunei memperkenalkan tawaran LEX’Perience Ramadhan, ini memberikan peluang kepada pelanggan baru Lexus ganjaran hebat melalui “Wheel of Experience” yang menawarkan hadiah bernilai B$10,000.

.
Dengan membeli mana-mana jenis model Lexus pada tempoh tersebut, pelanggan akan diberi bukan saja kereta baru mereka bahkan satu hadiah mengikut apa yang mereka perolehi secara cabutan melalui digital.
.
Menurut Penolong Pengurus Besar Pemasaran NBT Brunei Sdn Bhd, Audrey Yong, pemberian ganjaran secara langsung ini adalah buat kali pertama dilakukan di Negara ini. Ianya berkonsepkan yang mana setiap pelanggan akan membawa balik hadiah menarik mengikut nasib masing-masing yang akan dilakukan secara digital setelah mereka membawa balik model Lexus baru mereka.
 .
“Konsep ini jauh berbeza dari sebelumnya, pada kebiasaannya hanya beberapa orang pleanggan sahaja yang akan memenangi hadiah cabutan, tetapi kali ini, semua adalah menjadi pemenang”.

Tambahan lagi, sepanjang bulan Mei ini, Lexus Brunei juga menawarkan kadar faedah sewa beli 3.75 peratus bagi kesemua model Lexus sedia ada.
.
Pelanggan juga akan menerima pilihan rebat $3,000 atau peranti elektronik jika membeli stok-stok kenderaan yang terpilih di bawah promosi NX Luxury, manakala di bawah Promosi UX Premium, pelanggan akan menerima pilihan rebat $2,000 atau peranti elektronik.