Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, May 5, 2020

Porsche 718 Boxster S menarik minat ramai




Jenama yang tidak asing lagi dari Negara Jerman secara tidak henti-henti model yang menggabungkan sportif, gaya hidup dan elegan.

Porsche 718 Boxster S dimuatkan dengan enjin 2.5 Liter 4-Silinder Single Turbo dengan desain tajam tetapi tidak lari dari konsep model-model Porsche sebelumnya. Model ini bukan saja senang dipandu tetapi dengan bantuan transmisi PDK dan system Turbocharged, tidak hairan lah bagi model cantik ini mencapai kelajuan sehingga 350 kuasa kuda.



Lampu menggunakan Bi-Xenon dengan system Porsche Dynamic Light, Lid depan dan belakang direka melalui Sport Design Package dalam warna High Gloss Black.

Suspension juga dilengkapi dengan PASM Sport Suspension yang direndahkan serendah 20mm dengan Rim aloi berukuran 20” rekaan 911 Turbo Wheels.

Manakala ruang dalam kerusi Sport 718 Boxster S diselut dengan kulit leather berwarna hitam dan merah.

Tidak juga lupa, Porsche 718 Boxster S mempunyai system keselamatan yang tinggi yang mana dilengkapi dengan lindungan Roll-Over yang ditempatkan dibelakang tempat duduk dibuat menggunakan komposit besi dan aluminium.

Selain itu, cirri-ciri keselamatannya termasuk beg udara dan Porsche Side Impact Protection System (POSIP).


Intake angin dibahagian sisi depan 718 Boxster juga membantu dalam kawalan kereta semasa di tahap laju. Sistem PTV juga akan meningkatkan pengawalan stering dengan menekan brake dibahagian roda belakang secara automatik, ini akan memberi peningkatan traksi semasa membuat lencongan.


Teknologi terkini yang dimuatkan dimuatkan di dalam Porsche Boxster ini termasuk Porsche Torque Vectoring (PTV) dengan kerjasama PASM bagi meningkatkan ketegangan semasa membuat pusingan dari pemulaan kenderaan memasuki jalan yang melencong.

Jika berminat dengan Porsche Boxster, anda boleh mengunjungi Pusat Porsche Brunei baru terletak di Beribi semasa waktu pejabat. Abiskita boleh mendapatkan model buas ini berharga B$167,663 dan untuk keterangan lanjut, biskita boleh melayari laman sesawang Porsche Brunei di www.Porsche.com.bn dan media social mereka.