Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, April 27, 2020

Indera Motors menyediakan tiga promosi baru sempena kedatangan Aidilfitri




Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal Jaguar Land Rover di Brunei Darussalam, memulakan musim sambutan Hari Raya dengan tiga jenis promosi baru untuk di sambut hari raya pertama di bilik pameran baru Jaguar Land Rover terletak di Beribi.


Dengan pakej “Uji Pandu dan Menang’, Indera Motors Sdn Bhd memberi apa yang diperlukan untuk pelanggan dengan memberi pengalaman uji pandu terutama memberi pengalaman kepada pelanggannya dari segi ketangkasan dan kuasa prestasi kereta-kereta Jaguar Land Rover. Selain mengambil pengalaman sendiri memandu kereta-kereta jenis Jaguar dan Land Rover, pelanggan juga diberi peluang untuk memenangi hadiah menarik di dalam cabutan bertuah yang mana promosi Uji Pandu dan Menang akan bermula pada masa ini hingga 30 Jun 2020.

Promosi ‘Make an Impression This Festive Season’ adalah untuk membuat penampilan tetapi apa yang penting adalah untuk memiliki jenama tersebut dengan penampilan gaya hidup mewah melalui jenama Jaguar Land Rover.
.
Untuk memiliki jenama ini. Jaguar Land Rover Brunei menawarkan pembiayaan faedah rendah iaitu sebanyak 3.5 peratus bagi setiap tahun dengan faedah percuma selama 3 bulan. Dengan pembelian ini, pelanggan boleh berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan iaitu sebanyak B$19,000.
.
Tambahan lagi, pelanggan juga akan dapat tint cermin yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Darat (JPD). Promosi ini juga sedang dijalankan dan akan berakhir pada 30 Jun 2020.
.
Selain itu, Jaguar Land Rover juga menawarkan promosi bagi pemilik sedia ada bagi menyambut kedatangan musim raya, dengan “promosi “Pre-Raya Free Inspection”, Pemilik Jaguar Land Rover akan diberikan pemeriksaan percuma yang akan dilaksanakan oleh jurut teknik dilatih dan bertauliah JLR. Tawaran termasuk 50 peratus potongan harga alat ganti dan 20 peratus kos pembayaran perkhidmatan dan juga potongan harga bagi aksesori JLR untuk musim yang ditunggu-tunggu ini.
.
Pelanggan dengan pembelian minimum boleh memenangi hadiah secara langsung dari ‘Instant Lucky Dip’. Tambahan lagi termasuk cuci kereta percuma dan pembersihan dalaman kereta menggunakan steam bagi setiap kenderaan yang membuat pemeriksaan dan perkhidmatan. Promosi ini akan berakhir pada 20 Mei ini nanti.