Mantuka

Hyundai i30N

Saturday, February 1, 2020

MG HS menarik minat pemilik SUV di Brunei




Premier Motors, baru-baru ini telah melancarkan MG HS sebagai tambahan di dalam barisan model-model jenama Morris Garages di Negara ini.

Model SUV dibawah segmen C menampilkan rekaan gril yang lebih besar dengan logo MG yang menonjol di tengah-tengah.

HS adalah antara SUV yang menjadi tumpuan ramai yang juga boleh menandingi SUV-SUV lainnya. Ini kerana teknologi yang dimuatkan agak lebih banyak sekaligus memahami keperluan penggunannya.


Dilengkapi dengan infotainment dengan paparan sesentuh warna berukuran 10.1 inci. MG HS dikuasakan enjin 1.5L petrol Turbocharged dengan kuasa mampu mencapai lebih 160 kuasa kuda dan didatangkan dengan dua versi iaitu Common dan Deluxe.


Antara ciri-ciri standard yang ditawarkan ialah kemasukan tanpa kunci, sistem penapis udara dan fungsi Apple CarPlay / Android. Tambahan lagi dibahagian stereng MG HS, pemandu boleh memilih untuk menambah prestasi yang lebih kuat dengan hanya menekan ‘Super Sport Mode’ berwarna merah.


Jika ingin uji pandu model tersebut, orang ramai boleh boleh mengunjungi bilik pameran MG Premier Motors, Perindustrian Beribi dan di Rimba Point, dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti iPhone Pro Max, barang niaga eksklusif MG dan banyak lagi.


Jika ingin meluhat review dari Mantuka, boleh menyaksikan melalui IGTV @mantukabrunei dibawah Review : MG HS.