Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, February 11, 2020

Shell V-Power dilancarkan di Brunei Darussalam



Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan Minyak Shell V-Power di Indera Samudera, The Empire Brunei, pagi tadi.

Hadir mengalu-alukan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Tenaga, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md Hussein; Menteri Pengangkutan dan Info-Komunikasi, Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin POKSS Dato Paduka Haji Muhammad Yusof bersama Pengarah Urusan BSM, Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan ahli-ahli Lembaga Pengarah BSM.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang DiMuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah kemudiannya berkenan melancarkan dua produk Minyak baru di Brunei iaitu Shell V-Power Gasoline dan Shell V-Power Diesel, dan seterusnya menyaksikan video yang menunjukkan peningkatan dan perkembangan bahan api shell selama beberapa tahun.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menyaksikan pameran termasuklah memaparkan perjalanan 60 tahun BSM, informasi produk dan manfaat Shell V-Power, booth interaktif, booth ‘Taste and Feel’ dan booth produk merchandise BSM.

Shell V-Power adalah minyak berkualiti terkini yang mempunyai prestasi dan kecekapannya. Ia direka untuk memberikan kecekapan dan melindungi enjin kenderaan sepanjang perjalanan.

Teknologi yang digunakan bukan sahaja membantu memperbaiki kondisi enjin kenderaan bahkan ia juga membantu memaksimakan tenaga dari minyak tersebut.

BSM komited dan berusaha membawa sesuatu yang terbaik untuk para pelanggan.

Sebanyak 14 buah stesyen-stesyen Minyak akan menjual Shell V-Power Gasoline dan hanya 7 buah stesyen minyak akan menjual Minyak Shell V-Power Diesel. Minyak baru ini akan mula dijual kepada orang ramai bermula 16 Februari ini.

Untuk mengetahui stesyen-stesyen minyak yang akan menjual Minyak Shell V-Power, orang ramai bolehlah layari di laman web, www.bsm.com.bn atau di laman sosial media BSM.
Para pelanggan yang membeli minyak Shell V-Power itu nanti akan berpeluang mengikuti cabutan bertuah bagi memenangi Porsche Macan S. Promosi ini adalah sehingga 30 Jun 2020.