Tidak lama lagi, Syarikat Indera Motors Sdn Bhd akan membawa
masuk Land Rover DEFENDER yang baru saja diperkenalkan di Asia melalui
Singapore Motorshow pada awal tahun 2020.
Defender serba baru mempunyai bentuk badan sama seperti
model sebelum ini tetapi direka untuk mengikut tren kemodenan, lampu depan dan
belakang kini dilengkapi dengan lampu LED yang menampilkan seperti mata
binatang buas tetapi nampak garang sesuai bagi pemilik yang mencari penerokaan
agresif.
Mantuka akan mengupas model yang akan dibawa masuk nanti
mengikut spesifikasi mengikut keperluan teknologi dan perubahan di dalamnya
khas untuk Negara ini.