Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, December 9, 2019

Grand Motors Menampilkan Mazda CX-30


Syarikat Grand Motors baru saja melancarkan Mazda CX-30 terbaru yang dikatakan berbeza dari model lainny. Acara tersebut telah diadakan di Bilik Pameran Mazda, Beribi.

CX-30 dimuatkan enjin 2.0L Skyactiv-G, 4 Silinder DOHC dengan transmisi Semi Automatik 6-kelajuan.

Model CX-30 berbeza dari model lainnya kerana ianya dikategorikan sebagai SUV Crossover yang berbadan SUV tetapi kecil.


Model generasi pertama ini dimuatkan dengan enjin taknologi Skyactiv-G dengan pelbagai fungsi lainnya seperti Sistem Keselamatan dibawah i-Activsense yang meliputi Driver Monitoring, Sistem Lane Departure Warning (LDWS), Front Cross Traffic Alert (FCTA), dan Smart Brake Support Rear (SBS-R). Ianya juga dilengkapi dengan 7 beg udara, Cruising and Traffic Support, Distance and Speed Alert, dan banyak lagi.




Model ini juga dilengkapi dengan i-ActivAWD yang mempunyai sistem pacuan 4-roda memberi kekuatan perjalanan luar jalan serta bantuan traksi luar jalan yang memudahkan perjalanan di pasir dan salji.

Menurut konsep Pengurus Program Mazda CX-30, Naohito Saga, Mazda CX-30 direka khas untuk pemandu dan penumpang CX-30 menikmati pemanduan menyeronokkan sambil merasakan keselesaan semasa didalam perjalana.

Orang ramai juga mengambil peluang itu untuk membuat uji pandu keluaran model terbaru Mazda.