Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, September 9, 2019

QAF Eurokars menyediakan tawaran harga menarik bagi 5 kenderaan Demo Porsche


Bermula dari 31 Ogos hinga 30 September ini, QAF Eurokars menjalankan tawaran jualan kenderaan jenama Porsche dengan harga menarik. Sebanyak lima buah kenderaan Porsche terpakai/demo mengikut keperluan pelanggan.



Antara model yang dijual itu ialah Porsche Panamera G1, Porsche Panamera G2, Porsche Cayenne GTS, Porsche Cayenne 2019 dan Porsche 718 Boxster S.
 



Porsche Panamera G1, model tahun 2013 dengan enjin 3.6L mampu menghasilkan kuasa 300 kuasa kuda (HP), antara teknologi dimuatkan termasuk Porsche Doppelkupplung (PDK), pakej ruang dalaman Birch Anthracite dan Powerlift tailgate, Porsche Panamera G1 dijual dengan harga B$88,900 sahaja.



Porsche Panamera G2, model ini adalah model keluaran 2019. Dimuatkan dengan enjin 3.0L Turbo dengan kuasa sehingga 330 H kuasa kuda (HP). Disediakan dengan pakej Porsche Active Suspension Management dan dilengkapi dengan tayar aloi Panamera Sport 21”, tambahan keselamatan bantuan parking, sistem audio jenama BOSE. Porsche Panamera G2 dijual dengan harga hanya B$178,900.

Seterusnya ialah Porsche Cayenne GTS, model ini mempunyai teknologi Tiptronic S, Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC), Porsche Active Suspension management dan dilengkapi dengan sistem audio Surround BOSE. Model ini setentunya sesuai bagi perjalanan luar jalan mahupun bekeluarga. Model ini dijual dengan harga B$64,900.

Porsche Cayenne model 2019 antara yang diminat ramai, model ini bukan sahaja memberi ruang yang luas, ianya juga dilenkgapi dengan pelbagai teknologi terkini. Cayenne dimuatkan enjin 3.0L Turbo dengan kuasa sehingga 330 kuasa kuda (HP), model ini sesuai untuk perjalanan jauh dengan prestasi kuasa yang menakjubkan. Model ani juga dimuatkan dengan pakej Sport Chrono, bantuan Night vision, tayar aloi reka bentuk Cayenne RS 21” dan Porsche Active Suspension Management. Porsche Cayenne model 2019  dijual dengan harga B$158,900.

Dan yang akhir sekali, Porsche 718 Boxster S dengan enjin 2.5L Turbo, model ini mampu menghasilkan 350 kuasa kuda (HP), antara teknologi yang dimuatkan termasuk PASM Sports Suspension, Porsche Doppelkupplung (PDK), Navigation Module for PCM, Pakej Sport Chrono dan 20” aloi sport. Porsche 718 Boxster S ini berharga $114,900.