Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, September 7, 2019

Media mengambil peluang mengalami kelebihan SKODA melalui aktiviti menyeronokkan


Photo : SkodaBrunei & Mantukabrunei

Tidak kira penggunaan kenderaan bagi perjalanan seharian, beraktiviti mahupun bersukan, SKODA tetap memberi semuanya.

Baru-baru ini, SKODA telah memasuki pasaran Brunei Darussalam telah menukar perspektif tempatan kepada model yang dikira masih matang ke negara ini.

Walauapapun, kereta jenama buatan Czech Republic ini telah membuktikan bukan saja dari sejarah jenama kereta antara yang tertua bahkan SKODA juga dibawah kumpulan Volkswagen yang sudah lama dipercayai.

Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi SKODA telah membawa masuk 3 jenis model mengikut keperluan pelanggannya iaitu SKODA Kodiaq Ambition Plus, Octavia Ambition dan Octavia RS 245.

Hari ini, Media-media sosial diberi peluang untuk mencuba ketiga-tiga buah model tersebut dalam satu aktiviti perjalanan berkonvoi.
Perjalanan itu bertujuan untuk memberi pengalaman dalam bagaimana memandu dan mempelajari fungsi dan kaedah yang ada di dalam model-model tersebut.

Perjalanan yang mengambil masa selama hampir 4 jam menuju kebeberapa kawasan seperti kampong Serusop, Lebuhraya Muara sehingga ke Pantai Serasa dikepalai oleh Eksekutif Pemasaran Maju Motors Sdn Bhd, Pengiran Ammirul Ammar bersama dengan ahli kakitangan Skoda Brunei.

Dalam perjalanan itu, @mantukabrunei memandu Octavia RS 245 dimana amba sendiri mencuba prestasi dan fungsi didalam kerera teraebut. Menurut penyelidikan amba sendiri model tersebut mempunyai kekuaran torque yang memuaskan. Kombinasi 2.0L dengan enjin Turbo Charged tidak sama sekali memberi lag semasa menekan minyak pada awalnya. Ini berkemungkinan bantuan dari transimisi teknologi terbaru dibawah DSG yang menghaluskan lagi penukaran gear.

Tambahan lagi, walaupun RS 245 dikira sebagai kereta Sportif tetapi model tersebut juga disediakan dengan pilihan mode sama ada pemanduan secara ekonomi, biasa atau sport.

Para media turut membuat perhentian untuk menikmati minuman panas di Kafe Roasted Sip di Serusop sebelum menuju ke pantai Serasa dimana disana para media diberi jamuan istimewa di Restoran Nur Wanita.
Semasa menuju balik ke Bilik pameran, Para media mengambil peluang terakhir untuk mencuba kekuatan ketiga-tiga model tersebut terutama RS 245.

Mantukabrunei diberi mencuba menjadi penumpang belakang menggunakan Kodiaq Ambition Plus yang mana model SUV itu dimuatkan dengan enjin 1.4L Turbocharged, walaupun dari luar kereta tersebut menampilkan seperti SUV lainnya, tetapi mapa yang menarik model tersebut mampu menyediakan 7-tempat duduk. selain itu, pengalaman duduk dibelakang, ruang kaki memberi ruang yang luas dan kereta tersebut menyediakan tray khas untuk penyimpanan barangan seperti komputer riba mahupun telefon pintar danj uga penyimpanan cawan. penyediakan keperluan penumpang adalah idea yang pintar bagi jenama tersebut.

Perjalanan kami mengambil masa selama 40 minit balik ke bilik pameran SKODa dan apa yang kami rasakan, pengalaman kami memang seronok terutama menggunakan kereta yang cukup memeri keperluan kepada pemandu mahupun penumpangnnya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta disampaikan oleh
Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Awangku Mohamad Abdul Aziz bin Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan.