Mantuka

Friday, September 6, 2019

IITGT iCARe memperkenalkan mobile aplikasi iCARe



Insurans Islam TAIB General Takaful Sendirian Berhad (IITGT) hari ini memperkenalkan Aplikasi Mobile ICARe dalam usaha berterusan mereka bagi meningkatkan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada pelanggannya.



Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan, tatacara penggunaan aplikasi ICARe Mobile App oleh Pegawai eksekutif Bengkel Kereta Berakas Sendirian Berhad (BKB), Haji Mohd Fuaad bin Haji Zaini.

“Dalam ucapannya menyampaikan tanda penghargaan kepada Insurans Islam TAIB General Takaful bagi melantik kami sebagai iCARe roadside assistance dan penyalur perkhidmatan penundaan oleh Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd, sebagai rakan strategic Insurans Islam TAIB General Takaful bermula 1 November 2012 hingga kini.”



"Sebagai tindak balas meningkatkan keperluan perkhidmatan, kami telah menambah keperluan lojistik termasuk 45 unit trak tunda, 7 unit kenderaan double cab, 3 unit kenderaan salon dan tambahan perkhidmatan motosikal dinamakan sebagai Car Accident Response Service (CARS) dalam memberi perkhidmatan bantuan menggunakan motosikal. Perkhidmatan CARS diperkenalkan untuk memberi bantuan yang cepat dan selamat yang lebih baik dibawah Motor Claims Guideline (MCG)".



Insurans Islam TAIB General Takaful iCARe sekarang juga menyediakan perkhidmatan ke Negara-negara jiran iaitu Sabah dan Sarawak, yang mana perkhidmatan ini semakin meningkat.

Pada 3 September, IITGT iCARe sekali lagi memperkenalkan aplikasi IIT iCARe untuk mengejar rangkaian komunikasi yang lebih efektif dan efisien kepada pelanggan yang membolehkan bantuan dimana sahaja pada bila-bila masa secara selamat, permintaan bantuan yang mudah dengan menggunakan GPS Tracking Mobile serta mengurangkan penungguan panggilan.

Dari masa ke semasa, IITGT iCARe akan sentiasa maju kehadapan secara berterusan meningkatkan organisasi untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Pelancaran aplikasi itu disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Urusan IITH, Haji Abdul Majid bin Haji Hidup, Pengurus Besar IITGT, Awang Haji Zamrin bin Haji Abdul Ghani, Pegawai-pegawai dari IITGT, BKB dan para jemputan.

Aplikasi itu membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan rangkaian komunikasi yang lebih efisien dan efektif kepada pelanggannya.

IITGT ICARe sentiasa meningkatkan perkhidmatan mereka untuk mencapai perkhidmatan terbaik. ICARe boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store.