Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, August 19, 2019

Nissan Terra Kenstyle diperkenalkan








Nissan Brunei baru-baru ini memperkenalkan Nissan Terra Kenstyle. Terra yang dielangkapi sekarang dengan kit badan Kenstyle mempunyai penampilan menarik dan desain tersendiri.

Pelancaran Nissan Terra Kenstyle disempurnakan oleh Pihak Pengurusan dan ahli kakitangan Boustead Sdn Bhb bersama dengan raakn korporat dari insurans dan kewangan, pemilik Nissan Terra, pengikut sosial, media dan para jemputan.


Semasa pelancaran itu, Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd berkata Boustead sukacita memperknalkan Kenstyle kedalam pasaran Brunei yang menandakan sejarah baru bagi Nissan Terra.
 Sebelum ini Boustead memperkenalkan pelbagai aksesori kenderaan bagi member permintaan kepada gaya hidup pelanggan. Beliau menambah Bousteadketika ini mengikut perubahan tren dan teknologi terkini yang menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan Nissan.


Dikenali dalam menghasilkan pelbagai alat ganti dan kit badan, Kenstyle adalah jenama Jepun yang ditubuhkan sejak 1995, yang mana memperkenalkan elemen menarik dan terbaik tanpa menjejaskan desain premium mereka.

Nissan Terra serba baru dilancarkan pada awal Januari 2019, menawarkan keselesaan kepada kesemua pemandu dan penumpang yang mampu memmuatkan 7-penumpang. Tambahan lagi, Ia dibina dalam merentasi perjalanan pelbagai kondisi dengan kemampuan ‘4X4’ nya. Sejak demikian, Terra diterima oleh masyarakat Brunei dengan kekuatannya 2.5L Diesel dengan transmisi 7-kelajuan.

Terra versi Kenstyle ini mempunyai penampilan sportif dan bergaya yang termasuk kit di depan dan  spoiler belakang, skirt sisi dan banyak lagi.