Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, August 7, 2019

Porsche Road Tour 2019 menjadi kejayaan besar








 
Lebih 30 kereta pelbagai jenis jenama Porsche menyertai Porsche Road Tour 2019 yang diadakan pada 4 ogos lalu sebagai acara kejayaan besar bagi syarikat QAF Eurokars Sdn Bhd.

Program tour itu berjalan selama sehari bermula dari Bilik Pameran Porsche Centre Brunei menuju ke beberapa destinasi Negara yang terkenal seperti Jame Asr’ Hassanil Bolkiah di Kampong Kiarong, Istana Nurul Iman dan Jerudong Park Playground.

 
Tidak berhenti disana, kesemua rombongan juga turut mengikuti perjalanan ke Kuala Belait secara berkonvoi bersama tetamu kehormat majlis,  Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud yang menyempurnakan perasmian Porsche Road Tour 2019 dan berhenti di V-Plaza Hotel untuk sesi bergambar ramai dan makan tengahari di hotel berkenaan.
Semasa makan tengahari itu, para peserta berpeluang untuk berinteraksi sesama mereka dan ada beberapa peserta turut memenangi hadiah-hadiah menarik dari cabutan bertuah yang ditaja oleh Syarikat QAF Eurokars Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengurus Besar QAF Eurokars, Lahiru de Silva.


Selepas itu, para peserta bergerak balik menuju ke Bilik Pameran Porsche Centre Brunei dan sejurus tiba, para peserta diberikan sijil penyertaan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.