Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, August 13, 2019

MINI Driving Experience 2019 menarik minat ramai kepada MINI




QAF Auto selaku pengedar rasmi kenderaan MINI di Brunei, baru-baru ini mengadakan Acara MINI Driving Experience 2019 buat kali kedua secara berturut-turut.
 
Acara selama dua hari itu dari 9 hingga 10 ogos disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay. Turut hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Wadood Bolkiah sebagai tetamu khas.
Lebih 80 peminat MINI mendaftarkan diri bagi acara itu yang menjalani beberapa pengalamn mendebarkan dari pengalaman gravity rendah, rpm tinggi, pengalaman pemanduan seperti Go-Kart melalui model-model MINI terbaru.

Para peserta mengambil pengalaman dari 3 aktiviti berlainan iaitu Hand Brake Parking, Double Lane Change dan Gymkhana yang mana peserta akan diambil masa.

Dibawah panduan Pelatih Advance, Insentive dan Mottorad bertauliah, Wong Kah Keen yang juga dari Akademi Akademi Instructor International dan BMW Driving Experience, para peserta diberi keterangan dan contoh bagaimana mereka mendapat keselamatan, prestasi dan pemanduan seronok dari MINI.

Pengurus Besar QAF Auto. Sivakumar Krishnan menambah, “Minat kami dalam memberikan pelanggan kami seketika yang manis dan pengalaman berterusan dari BMW Xdrive Experience minggu lepas.

Beliau juga menyampaikan tanda terima kasih kepada kesemua peserta diatas sokongan dan MINI akan sentiasa menyalurkan kenderaan yang memegang warisan, semangat individu dan gaya hidup di masa depan.