Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, August 6, 2019

Pelancaran Mazda 3 serba baru 2019


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.


Mazda melangkah lebih jauh yang kini menghasilkan sebuah model gabungan sportif dan elegan. Mazda 3 Serba baru yang dilancarkan semalam oleh Syarikat Grand Motors Sdn Bhd menampilkan sebuah model yang kini nampak lebih menawan, sportif dan rasa bangga untuk memilikinya.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho bersama wakil Perbankan di Bilik Pameran Mazda di Beribi.

Mazda 3 serba baru ini pertama ditampilkan semasa Pameran Auto Los Angeles yang mengambil peranan penting dalam pemanduan selesa kepada peringkat baru dan era baru yang mana Mazda Premium akan menjadi realiti. Setiap reka bentuk pillar secara teliti di ubah terutama dibahagian tempat duduk pemandu bagi pergerakan selesa dan tidak menyusahkan pemandu tersebut melalui falsafah human-centric.

Tidak kira penggunaan setiap hari seperti memandu tempat kerja, ke Mall atau perjalanan bercuti bersama keluarga, Mazda 3 akan memberi responsif dan pusingan yang semulajadi dan intuitif seperti alat yang sering digunakan sejak beberapa tahun.

Mazda Kodo – Soul of Motion telah meningkatkan nilai jenama secara global dan memeberi inspirasi oleh estetik Jepun. Keluaran Mazda 3 Hatchback mempunyai yang mempunyai keperibadian tersendiri.

Jika dilihat diruang dalam kereta ini, kesemuanya nampak, sportif, mewah, bergaya dan hanya beberapa punat yang dapat dilihat. Setelah diterangkan oleh Juru jual Mazda Brunei, kesemua punat tersebut kini hanya digabung di dalam satu punat kawalan yang mengawal hamper kesemua fungsi-fungsi yang dapat diplih melalui skrin digital tengah.

Mazda 3 serba baru ini dimuatkan dengan 1.5 Liter dan 2.0 Liter Skyactiv-G yang turut menyediakan versi Sedan.

Mazda juga kini melengkapi teknologi G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) yang membolehkan kereta tersebut berhenti secara automatic mengelak dari berhenti mengejut bahkan kemalangan, termasuk perubahan jalan semasa memandu laju dan perjalanan yang licin. Apa yang menarik lagi dilengkapi dengan teknologi terbaru Mazda Radar Cruise Control (MRCC) yang mampu memperlahankan atau menghentikan kereta secara automatik semasa kereta dihadapan berhampiran dengan Mazda 3.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh mengunjungi Bilik Pameran Mazda semasa waktu pejabat.