Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, August 16, 2019

Jenama Skoda memasuki Pasaran Brunei






Oleh : NurMazlina Mohd Deli


Syarikat Maju Motors telah mengadakan Majlis Penandatangani bersama Kumpulan Volkswagen Singapore sebagai pengedar/penjual kereta jenama Skoda di negara ini, pagi tadi.



Majlis berlangsung di bilik pameran Skoda, Jalan Telanai.

Majlis penandatangan tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Jualan Antarabangsa Skoda Auto, Tuan Axel Schroeder; Pengarah Urusan Kumpulan Volkswagen Singapore, Tuan Ricky Tay dan Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Awangku Mohammad Abdul Aziz bin Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier General ® Pengiran Dato Haji Hasnan.

Sebelum majlis penandatanganan bermula, ketiga-tiga wakil urusan telah memberikan ucapan alu-aluan.



Menerusi ucapan tersebut, Ketua Jualan Antarabangsa Skoda Auto, Tuan Axel Schroeder bahawa pelancaran Skoda di Brunei merupakan satu langkah penting bagi Skoda berkembang dan diterima dari pelbagai pihak antaranbangsa. Mereka berharap dapat bekerjasama bersana pengedar Skoda di negara ini, Maju Motors dan seterusnya memacukan kepada pertumbuhan dan kejayaan Skoda di Brunei.



Manakala, Pengarah Urusan Kumpulan Volkswagen Singapore, Tuan Ricky Tay semasa berucap, menjelaskan bahawa Kumpulan tersebut membawa jenama 'SKODA SMART' di negara ini kerana jenama tersebut pernah memenangi anugerah dan dapat memenuhi keperluan pembeli kereta di negara ini.



Dalam ucapan Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Awangku Mohammad Abdul Aziz menjelaskan bahawa Skoda telah berkembang maju dan telah mengeluarkan sebanyak 1.25 juta kenderaan seluruh dunia pada tahun 2018 dan telah memenangi anugerah lebih 12 kali dalam anugerah seluruh dunia sejak kebelakangan ini.



Oleh itu, jenama Skoda telah didatangkan di negara ini yang mana Skoda mempunyai keperluan teknologi masa kini dan juga memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan.



SKODA berasal dari Republik Czech yang diasaskan oleh Laurin & Klemin pada tahun 1895 yanh mana merupakan pengeluaran ketiga kereta tertua di dunia. Jenama ini juga menawarkan nisbah prestasi harga yang sangat baik dari segi reka bentuk, kualiti dan teknologi.