Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, January 12, 2019

Pemenang Bertuah Membawa Balik DS3

Klik di sini untuk berita versi Inggeris

Syarikat Auto Makmur Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif bagi kenderaan Citroen dan DS menjemput pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir promosi 'Beli & Menang dan Uji Pandu & Menang' yang telah berlangsung semalam di Bilik Pameran Citroen dan DS, Beribi.

Promosi tersebut telah berlangsung sejak 1 Jun hingga 31 Disember 2018 yang mana salah seorang pelanggannya membawa balik sebuah kereta Citroen DS3 baharu.

Mohammad Wafiy Fakhri yang mewakili bapanya Mohammad Zailani bin Abdullah Tingkah @ Zailani bin Tingkah adalah pelanggan yang memenangi hadiah utama itu. Mohammad Wafiy Fakhri yang minat kereta Citroen tahun lepas membeli sebuah model C3 secara automatic layak menyertai promosi 'Beli & Menang dan Uji Pandu & Menang'.

“Tidak sangka memenangi hadiah utama, saya tidak tahu apa nak dicakapkan. Memang saya impikan untuk memiliki sebuah DS3 dan akhirnya tercapai. Citroen C3 yang saya miliki juga berpuas hati menggunakannya oleh kerana penjimatan minyak, mudah letak kereta dan ruang yang luas”.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada Syarikat Grand Motors Sdn Bhd dan Auto Makmur Sdn Bhd untuk diatas acara yang menarik ini.

Hadiah lainnya seperti iPhone X 256 GB yang dimenangi oleh Nila Arsianti Singgih, Samsung Galaxy S9+ dimenangi oleh Norhayati binti Haji Yusof, Samsung Gear S3 Frontier dimenangi oleh Siti Nurdiana binti Mohamad Noor Sam dan Fitbit Versa Watch dimenangi oleh Pengiran Anak Haji Ahmad Rapae bin Pengiran Anak Hanafiah.

Tambahan lagi, pelanggan yang membuat uji pandu semasa promosi dijalankan berpeluang untuk memenangi hadiah Samsung Galaxy S9+ dan pelanggan bertuah itu ialah Haji Muhammad Hanis Bahzi.