Mantuka

Hyundai i30N

Saturday, November 10, 2018

Suzuki Jimny Dilancarkan

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Syarikat Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Suzuki akhirnya telah melancarkan keluaran terbaru Jimny jenerasi ke-4 semalam di Bilik Pameran Suzuki, Gadong.

Para media telah dijemput ke pelancaran tersebut dan diikuti dengan kedatangan orang ramai yang berminat dengan model popular di seluruh dunia ini.

Jimny jenerasi ke-4 ini direka dengan lebih menawan, sportif dan penerokaan luar. Ianya mempunyai gaya bentuk tersendiri dan juga masih nampak seperti model sebelumnya tetapi lebih lebar, ianya masih mengekalkan imej berbadan empat segi dan tidak menghampakan peminat Jimny yang kini nampak moden dan gagah.

Jimny masih mengekalkan karakteristik pengendalian off-road yang ikonik. Selain itu, Suzuki Jimny juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti bersukan, penerokaan luar, perjalanan bersama keluarga, laluan luar jalan atau pun berkhemah dan ianya juga sesuai untuk digunakan bagi kesemua jenerasi.

Kerana konsep terbaru ini nampak moden, model ini akan menarik lagi perhatian dengan tambahan warna kuning yang menyerlah iaitu ‘Kinetic Yellow’ jika digunakan ditempat yang ramai atau ke Bandar.

Jimny baharu dikenali dengan ruang dalam yang besar, kini mempunyai lebih ruang dibahagian kepala dan kaki. Tambahan lagi, model ini mempunyai ruang bagasi yang lebar dan luas berbanding model sebelumnya sebagai manfaat untuk pengguna semasa dalam perjalanan yang mencabar.

Dengan kekuatan enjin 1.5 Liter, Jimny terbaru ini secara yakin mampu mendaki bukit tinggi dengan pilihan sistem mode 4WD diantara 2H, 4H dan 4L dan mampu merentasi cabaran dengan suspension 3-link yang dimuatkan.