Mantuka

Thursday, July 26, 2018

BMW X3 xDrive20i Tambahan Barisan Jenerasi ketiga Model X3


QAF Auto memperkenalkan keluaran BMW X3 xDrive20i baharu sebagai tambahan dalam barisan jenerasi model X3 yang baru saja dilancarkan pada bulan Februari lalu.

BMW X3 baharu ini adalah model Sport Activity Vehicle (SAV) yang telah berjaya dijual sebanyak 1.5 juta diseluruh dunia. Dengan desain tersendiri mempunyai kuasa tinggi dengan system pemanduan efisien akan memberi yang terbaik kepada pemiliknya.



Model jenerasi ketiga ini mempunyai bentuk badan besar tetapi menampilkan rupa bentuk BMW sedia ada seperti gril bentuk bawah pinggang dan lampu LED tiga dimensi, lampu kabus yang berbentuk hexagonal buat kali pertama dimuatkan kedalam model X.



Dimuatkan enjin petrol 4-silinder BMW TwinPower Turbo 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport mampu menghasilkan 1998cc. Pecutan 0-100kmj sehingga 6.3 saat.


Pemilik juga boleh menggunakan pilihan BMW CoPilot seperti jenerasi terkini Kawalan Cruise Aktif dan pakej keselamatan Driving Assistant Plus termasuk stering dan bantuan kawalan penukaran jalan, Lane Keeping Assistant dengan Side Collision Protection.

Model BMW X3 xDrive20i kini boleh dilihat di bilik pameran BMW, QAF Auto Sdn Bhd.