Mantuka

Thursday, July 5, 2018

BMW X2 Sekarang Boleh Didapati di Brunei

Gambar dari BMW Brunei
QAF Auto kini memperkenalkan keluaran dan tambahan baru dalam barisan BMW untuk pasaran Brunei Darussalam. BMW X2 Series adalah model terbaru merupakan sebuah kereta Sporty Activity Coupe (SAC) yang setentunya membawa watak tersendiri yang mendalam dan menarik perhatian individu yang aktif dan jiwa muda.

Mohd Aslam bin Dr Haji Ibrahim adalah pemilik pertama BMW X2 di Brunei disempurnakan penyerahan kereta beliau semalam di Empire Hotel & Country Club oleh Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Siva Kumar Krishnan.

BMW X2 adalah gabungan dari perubahan model X series tetapi perubahan ketara dari segi bentuk badan, lebar kereta, dilengkapi dengan kit di sisi dan mempunyai garisan atap.

Gambar dari BMW Brunei
Gril buah pinggang atau kidney antara simbol jenama BMW diwajah depan X2. Tambahan lagi, lampu depan dan belakang BMW X2 direka secara sportif dengan kombinasi lampu LED pada lampu siang (DRL) dan lampu kabus depan bagi bantuan perjalanan yang lebih selamat.

Kini tambahan logo juga diperkenalkan kepada model-model BMW baharu termasuk X2 pada pilar-C di penjuru tingkap belakang seakan memberi penghormatan tinggi kepada tradisi penciptaan coupe sports premium BMW.

Model tersebut didatangkan dengan transmisi dual-clutch dan xDrive intelligent all-wheel drive didatangkan dengan kombinasi elemen-elemen dari BMW M dan BMW X Family.