Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, July 29, 2018

Volkswagen Arteon telah dilancarkan


Syarikat Maju Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta jenama Volkswagen di pasaran Brunei Darussalm dengan bangganya telah memperkenalkan model terbarunya 'Volkswagen Arteon', sebuah keluaran model premium dibawah jenama Volkswagen.

Arteon menetapkan penanda aras baru dalam segmennya, dan yang dikatakan sebagai sebuah kereta yang mempunyai desain menawan kini secara rasminya adalah permulaan era desain baru yang dipasarkan dinegara ini setelah dilancarkan semalam oleh pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam.




Kereta Volkswagen Arteon dilancarkan oleh Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama, Peter Hermann Wolff dan Pemangku Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud bersama dengan Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Fui Meng.

Nama Arteon diambil dari dua nama iaitu 'Art' dan 'Eon' yang menberi makna Seni dan Kemewahan dihasilkan dari kilang di Emden, Jerman mempunyai bentuk badan besar dengan dalaman yang luas. Rupa depan Arteon berbeza dari barisan model VW yang lain. Ianya nampak lebih tajam, gril krom yang lebih lebar dengan logo VW besar dengan tambahan desain lampu LED.

Selain itu, ruang dalamannya dilengkapi dengan Active Info Display, Head-Up Display dan sistem Pro Infotainment skrin kaca berukuran 9.2 inci. Tambahan lagi, ianya dilangkapi dengan kamera memperlihatkan sekeliling hingga 360-degree.

Pada pelancaran itu, Maju Motors menawarkan Arteon R-Line dikuasa dengan Enjin TSI 2.0 Litre Turbocharged dengan kuasa 280 PS dan 350 Nm torque. Ianya juga dilengkapi dengan sistem 4MOTION permanent all-wheel drive, transmisi DSG 7-Kelajuan serta Dynamic Chassis Control generasi terkini. Sistem Dynaudio Sound juga terdapat dalam Arteon ini.

Menegenai keselamatan Arteon, Volkswagen telah mencapai keputusan terbaik dalam penilaian Euro NCAP dengan penarafan 5 bintang. Arteon dilengkapi dengan Bantuan Sampingan (Side Assist), Area View dimana kereta ini datang dengan empat camera memberi pandangan sekeliling kereta, pembantu meletak kereta (park assist) dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran Volkswagen di Telanai atau layari laman web Volkswagen Brunei.