Mantuka

Tuesday, August 7, 2018

Keluaran 318i baharu elegan, berteknologi tinggi dan sportif.

Jenama BMW tidak asing lagi dinegara Brunei Darussalam, sebuah jenama yang terkenal dengan gaya hidup kemewahan, elegan dan berteknologi tinggi. Dengan penghasilan kereta jenis premium negara Jerman itu, BMW memastikan tidak mengecewakan peminat setianya dengan menghasilkan bukan sahaja sebuah kereta mewah, elegan bahkan kini kepada berteknologi tinggi dan sportif.

QAF Auto Sdn Bhd baru-baru ini juga tidak ketinggalan menambah barisan model terbarunya di dalam model 3 Series nya dengan memperkenalkan jenerasi 6 BMW 318i, sebuah model sedan popular yang kini menjadi tarikan dikalangan anak muda.

Keluaran 318i baharu ini adalah gabungan desain klasik yang menjurus kepada kemodenan namun masih memegang identiti penampilan 3 Series sehingga ke model hari ini. Model baharu hadir lebih bergaya berbanding jenerasi terdahulu. Penampilan depan lebih lebar dan rendah digabungkan dengan symbol ikon BMW seperti gril depan berbentuk bawah pinggang dan lampu LED penuh berbentuk W.

Secara keseluruhan penampilan luar masih mengekalkan tradisi rekabentuk sejarah-sejarah model BMW 3 Series sebelum ini merangkumi bonet depan, sisi dan rim berukuran 17”.

Dalam pengenalan model 318i ini, penulis Media Permata telah dijemput untuk membuat uji pandu kereta BMW 318i versi Sport Line sebuah model yang dikatakan kereta idaman berjiwa muda.

Sebelum memulakan perjalan Eksekutif Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Salwa Mustapa menerangkan sedikit sebanyak mengenai fungsi-fungsi yang ada didalam kereta berkenaan.

Dalam pengalaman penulis sendiri, dalaman 318i ini menawarkan persekitaran saam seperti model-model sebelum ini dengan penampilan mewah dan hampir kesemua diselut dengan kulit leather, dalam kabin turut dilengkapi kelengkapan fungsi-fungsi teknologi terkini dan ruang yang begitu luas bagi sebuah BMW yang dikatakan sportif.

Menyentuh kemasan dalaman pula, ianya dapat dirasakan dihasilkan menggunakan kombinasi bahan berkualiti tinggi, papan pemuka direka dengan bahan premium dengan garisan merah menandakan kemegahan ‘Sportline’ sekali gus menawarkan kualiti yang tiada tandingan untuk menyerlahkan keanggunan dan ciri-ciri sportif.

BMW 318i terbaru ini turut dilengkapi inovasi teknologi termaju daripada BMW Efficient Dynamics dan BMW Connected Drive dan juga perubahan tempat duduk secara elektronik. Menghidupkan enjin kereta dengan hanya menekan punat menghidupkan dan mematikan enjin.

Semasa dalam perjalanan bermula dari bilik pameran QAF Auto Sdn Bhd menuju ke Jerudong, perjalanan terasa selesa perjalanan lancar dan membuat lencongan di mrelalui kampung Beribi memberi yang nampak kawalan responsif, dari segi penukaran gear yang tidak terasa perubahannya adalah satu tambahan bagi 318i ini, selain teknologi transmisi 8 kelajuan yang dilengkapi dengan Steptronic teknologi, 318i juga mempunyai sistem penjimatan minyak yang boleh diaktifkan menerusi mode ECO PRO dengan menekan punat berhampiran transmisi kereta yang member plihan sama ada penjimatan minyak ECO PRO atau SPORT. 

Kereta ini memuaskan hati penmandunya, walaupun menaiki dikawasan berbukit menggunakan ECO PRO di Kampong Telanai, 318i ini tidak sedikit pun terasa kelemahan dari segi enjinnya bahkan menaiki bukit tidak menjadi masalah. Apa yang difahamkan Sistem ECO PRO BMW juga digabungkan dengan bateri bagi memberi kuasa melalui tenaga letrik sementara semasa membuat perlepasan awal sebelum menukar ke minyak. 

Tambahan lagi, QAF Auto turut memperkenalkan kelengkapan Suspensi Adaptive Comfort didalam kereta tersebut yang diperkenalkan pada model baharu ini bagi menawarkan kombinasi dinamik pemanduan dan keselesaan terbaik. Ini termasuk fungsi Dynamic Damper Control dan suspensi belakang pnuematik dengan ciri pelaras automatik untuk keselesaan maksimum.

Fungsi seperti Anti-dazzle High-Beam Assistant adalah fungsi membolehkan pemanduan pada waktu malam menjadi lebih mudah dan selamat. Sistem ini mengelak dari pancaran cahaya lampu tinggi secara optimum kepada pengguna jalan raya yang lain.