Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, July 5, 2018

Pusat Perkhidmatan KIA Baru


Grand Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam secara rasminya pagi tadi telah melancarkan Pusat Perkhidmatan Kia yang dipertingkatkan.

Pusat Perkhidmatan Kia yang terletak di Lambak Kanan, Berakas yang diubah suai, yakin akan meningkatkan komitmen menyalurkan keselesaan pelanggan bagi kesemua keperluan selepas jualan.

Pusat Perkhidmatan Kia dibuka bagi kesemua perkhidmatan seperti pembaikan dan keperluan alat ganti pelanggan Kia.

Ini adalah satu penghormatan bagi syarikat untuk memberikan pelanggan perkhidmatan berkualiti dan kemudahan bagi pengalaman yang memiliki kenderaan Kia melalui Pusat Perkhidmatan kelas dunia. Komitmen mereka untuk meningkatkan kesemua operasi berkekalan teguh sejak beberapa tahun sebelum ini.


“Identiti baru Kia Promise to Care, kami berjanji untuk memberi yang terbaik untuk anda, pelanggan setia" kata Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho semasa pembukaan rasmi itu.

Hadir pada pembukaan rasmi itu, Pengurus Selepas Jualan Kia Motors Corporation, JY Lee dan Pengurus Jualan  Ibu Pejabat Rantau Asia Kia Motors Corporation, Joseph Choi, Pengarah-Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad dan Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Major Jeneral (B) Pengiran Ibnu Basit.


Menurut JY Lee, berbanding dengan sebelum ini, Pusat tersebut mempunyai kesemua perkhidmatan mengikut garis pandu kelas antarabangsa standard Kia dan dapat memberi keselesaan terbaik kepada pelanggan dan juga imej Kia.

“Di Brunei Darussalam, Kia Brunei antara salah sebuah Pusat terbaik diseluruh rantau Asia JY Lee berkata.

Pasaran Kia meningkat setahun demi setahun dan saya percaya kami boleh mengejar jenama lain dimasa hadapan, Jualan Kia di Brunei sangat baik dengan kedudukan jualan ditangga kedua dan ketiga. 

Mungkin dengan keluaran model-model terbaru tahun depan akan dapat membawa kepada jualan yang lebih baik mengikut keperluan pasaran, Joseph Choi turut mengulas.