Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, April 1, 2018

Perusahaan Matuka 'R' merasmikan kedai baru mereka sendiri hari ini



Perusahaan Matuka 'R' selaku pengedar produk jenama ‘Yellow Speed Racing’, ‘Lucas Oil’ & ‘VP Racing’ pagi tadi secara rasminya membuka kedai penjagaan dan prestasi kereta mereka yang pertama yang terletak di Kampung Sengkurong.


Menurut Pengasas Matuka 'R', Kamaruzzaman Hayat bin Haji Othman berkata, pembukaan kedai ini adalah langkah pertama bagi syarikat berkenaan untuk meloncat kehadapan sebagai pengedar produk-produk terkemuka dari negara luar untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan dari segi penjagaan enjin, peningkatan prestasi enjin dan perubahan sistem suspension kereta.



Katanya, Sebelum ini produk-produk hanya dijual melalui petak cube dan online, oleh kerana banyak permintaan ramai, kami bercadang untuk membuka kedai sendiri bagi keselesaan pelanggan mahupun segala berjalan dengan mudah.

“Alhamdulillah, diatas sokongan ramai kami berjaya membuka kedai sendiri dan tidak dilupakan kepada rakan peniaga kami yang telah banyak membantu dari segi panduan untuk memulakan perniagaan terutama saling bantu-membantu perniagaan tempatan”.


Tambahan lagi di masa akan datang, insyallah akan menambah produk-produk baru lainnya tetapi pada masa ani kami menumpukan kepada produk ‘Lucas Oil’ yang mana kami selaku pengedar yang diberi kuasa di Brunei Darussalam dan produk ‘Yellow Speed Racing’ selaku pengedar tunggal di Brunei Darussalam.

Pengasas Bersama perusahaan Matuka 'R', Hamdan bin Haji Hassan ingin menyampaikan penghargaan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang selama ini telah menyokong untuk membangun,

“Dengan pembukaan kedai baru ini akan lebih memberi kemudahan kepada para pelanggan terutama dari segi keperluan dan pertanyaan mengenai produk-produk yang ada dari Matuka 'R'.”



Kedai Matuka 'R' yang terletak di Unit 5-C, Kedai No.3, Aras Bawah, Bangunan Haji Sulaiman, Sengkurong di bangunan yang sama dengan Bright World Optic adalah sebagai platfom jualan dari jenama-jenama produk kereta dari ‘Yellow Speed Racing’, ‘Lucas Oil’ & ‘VP Racing’ dengan mempamerkan produk terkini dan barangan mengikut keperluan pelanggan dengan harga berpatutan.

Setiap pembelian produk, pelanggan juga sebelumnya akan diberi keterangan lanjut bagaimana ianya digunakan dan manfaat menggunakan produk-produk tersedia. Jika ingin mengetahui mengenai produk dari Matuka 'R', orang ramai boleh menghubungi ditalian +6738780229 (Kam/Ham) atau mengikuti IG mereka di @matuka_ent dan Facebook mereka di MatukaR.Ent.