Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, March 9, 2018

Promosi #BeliHelix kembali lagi musim kedua
























Setelah mendapat sambutan baik dalam promosi pertama #BeliHelix yang diadakan pada 1 November 2017 lalu, Brunei Shell Marketing Company Sdn Bhd (BSM) melancarkan pusingan kedua promosi #BeliHelix yang bermula dari 8 Februari hingga 30 April 2018.

Selain hadiah utama iaitu sebuah kereta Nissan X-Trail terbaru, pelbagai hadiah-hadiah lainnya juga untuk dimenangi pada bulan Mac dan April nanti. Hadiah-hadiah saguhati berupa tiket penerbangan ke Hong Kong utuk dua orang, gajet terkini dan barangan eletrik.

Para pengguna berpeluang untuk menyertai promosi #BeliHelix dengan hanya membeli 4 liter Minyak Pelincir Shell Helix sama ada Shell Helix Ultra 5W-40, HX7 10W-40 atau HX5 15W-40 untuk layak menerima satu borang penyertaan.

Borang yang lengkap boleh dimasukkan kedalam kotak disediakan bersama resit pembelian terletak di 190 cawangan teridri daripada pengedar kereta, bengkel persendirian dan stesyen minyak diseluruh Brunei. Cabutan saguhati seterusnya akan diadakan pada Mac 2018 dan cabutan akhir pada Mei 2018.

Shell Helix Ultra dengan PurePlus Technology ialah jenerasi seterusnya sebagai minyak pelincir premium fully synthetic dihasilkan untuk member prestasi, penjagaan dari kerosakan, menjaga suhu panas di dalam enjin dan di reka untuk kuasa prestasi tinggi. Rakan pengilang enjin termasuk BMW Motorsport, Hyundai Motorsport, Maserati dan Scuderia Ferrari dan turst Shell Helix Ultra.