Mantuka

Friday, April 6, 2018

Matuka 'R' pengedar Lucas Oil dan Yellow Speed Racing di Brunei Darussalam

Pelanggan Matuka ‘R’ sekarang tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan produk-produk terkemuka Lucas Oil yang mana sekarang syarikat tersebut menjadi pengedar yang diberi kuasa di Brunei Darussalam telah banyak membantu pengguna kereta bagi memberi apa yang terbaik dalam penjagaan dan prestasi kereta mereka.

Menurut Pengasas Matuka ‘R’, Kamaruzzaman Hayat Bin Haji Othman menjelaskan kepada team penulis Mantuka, Lucas Oil ini dianggap sebagai minyak prestasi dengan pelbagai produk barisan dari minyak, pelincir dan aditif yang kebanyakan menyelesaikan masalah enjin kereta terutama kereta yang sudah digunakan begitu lama.“Lucas Oil yang ditubuhkan sejak begitu lama dan dipercayai kini semakin bertambah dari segi produknya seperti Motor Oil SAE 5w-30, Motor Oil 5w-40, Motor Oil 10w-40, Heavy Duty Oil Stabilizer, Pure Synthetic Oil Stabilizer, Engine Stop Leak, Deep Clean Fuel System Cleaner,  Diesel Deep Clean, Fuel Stabilizer, Fuel Treatment, Octane booster, Power Steering Fluid with Conditioner, Power Steering Stop Leak, Super Coolant dan Transmission Fix”. 

Salah satu dari produk popular permintaan ramai adalah Lucas Complete Engine Treatment, produk ini mendapat permintaan diseluruh dunia sebagai produk gabungan sistem kepelbagaian penyucian dan pelincir di dalam satu botol.

Dengan hanya dimasukkan kedalam minyak kereta, ia akan menyuci dikeseluruh sistem di dalam tanki minyak kereta sambil  membuang sisa-sisa berbahaya sehingga ke dalam injektor enjin.

Selain itu, ia membantu menambah pelincir ke bahagian atas dinding silinder enjin seperti compression rings dan oil rings yang akan mengurangkan kerosakan enjin, meningkatkan suhu kereta kepada lebih sejuk dan meningkatkan efisien penggunaan bahan api.

Produk Lucas Engine Stop Leak juga dapat membantu dalam masalah kereta yang mempunyai simtom mengeluarkan asap putih dari ekzos.

Kamaruzzaman menerangkan, biasanya jika kereta mengeluarkan kereta berasap putih besar kemungkinan berpunca dari enjin bermasalah bocor, sebelum belanja besar seperti overhaul, beliau menyarankan untuk mencuba produk ini sama ada ia akan menghentikan kebocoran itu atau tidak.

“ini kerana beberapa dari pelanggan beliau menggunakan produk tersebut dan berjaya menghentikan masalah asap putih dengan mengikut panduan yang diberikan oleh mereka. Produk tersebut akan meterai tempat yang bocor itu."

Salah satu produk terbaik juga ialah Lucas Super Coolant yang mana produk ini akan setentunya mengurangkan suhu panas enjin kereta sehingga 20° selsius dan pada waktu yang sama mengurangkan panas kepada silinder, menghindar dari kakisan, electrolytes dan kebocoran yang berpunca dari enjin panas.

Selain produk penjagaan, Matuka ‘R’ juga selaku pengedar tunggal barangan jenama “Yellow Speed Racing”.

Yellow Speed Racing adalah produk barangan sukan lumba dengan menyediakan peralatan selepas jualan prestasi berkualiti tinggi. Yellow Speed Racing yang berasal dari Taiwan diasaskan pada tahun 2003 oleh Yuan Sheng-Ping selaku Presiden Yellow Speed Racing, mereka mula menjalankan usaha bersama dengan Christophei Nell pada tahun 2009 semasa bertemu di acara ‘drifitng’ di Las Vegas, Amerika Syarikat pada tahun 2007.

Dibuat di Taiwan dan sumber kejuruteraan diperolehi dari Jepun, Amerika Syarikat dan Taiwan, produk ini satu-satunya memberi sistem suspension yang memberi respon terbaik pengawalan kereta diuji melalui perlumbaan sebenar dan beberapa kali telah membawa kepada kejuaraan.

Antara yang dijual di Matuka ‘R’ adalah sistem suspension Dynamic Pro Sport dan Premium Competition.

Pengasas Bersama perusahaan Matuka 'R', Hamdan Bin Haji Hassan turut menjelaskan mengenai produk dibawah Yellow Speed Racing, Dynamic pro Sport coilovers direka khas bagi kesemua peminat motor dalam pengawalan kereta mengikut pilihan penggunanya, ia menampilkan 33 jenis cara penetapan damper yang boleh diubahsuai termasuk Camber Plates yang juga boleh diubah.

Pemandu akan merasakan kestabilan dan ketahanan menggunakan Dynamic Pro Sport yang di uji secara global.

Manakala Premium Competition Coilovers direka khas kegunaan kesemua jenis sukan lumba, selama bertahun-tahun persaingan dan ujian, produk ini telah membuat penambahbaikan yang tidak dapat dijelaskan dalam persediaan untuk kegunaan lumba untuk menyediakan peredam yang paling tahan lama dan berdaya saing. 

Peralatan spring dan shock valving dibuat untuk persaingan menjadikan kenderaan lebih terkawal dan seimbang.Ultra Grand Big Brake Kit direka bentuk bagi penggunaan litar. Kit brek besar ini mempunyai prestasi brek yang optimum, rupa menarik, pemasangan mudah dan harga yang kos efektif. 

Kesemua komponen Yellow Speed Racing digunakan pada kit adalah bahan gred pertama untuk memastikan ketahanan dan kekuatan produk dan mempunyai prestasi brek yang sama kuat seperti kereta-kereta supercar terbaik di dunia.

Kedai Matuka 'R' yang terletak di Unit 5-C, Kedai No.3, Aras Bawah, Bangunan Haji Sulaiman, Sengkurong di bangunan yang sama dengan Bright World Optic adalah sebagai platfom jualan dari jenama-jenama produk kereta dari ‘Yellow Speed Racing’, ‘Lucas Oil’ & ‘VP Racing’ dengan mempamerkan produk terkini dan barangan mengikut keperluan pelanggan dengan harga berpatutan.

Setiap pembelian produk, pelanggan juga sebelumnya akan diberi keterangan lanjut bagaimana ianya digunakan dan manfaat menggunakan produk-produk tersedia. Jika ingin mengetahui mengenai produk dari Matuka 'R', orang ramai boleh menghubungi ditalian +6738780229 (Kam/Ham) atau mengikuti IG mereka di @matukar_ent dan Facebook mereka di MatukaR.Ent.