Mantuka

Sunday, April 8, 2018

Jaguar E-Pace menarik perhatian peminat Kompak SUV

Jaguar E-Pace terbaru sebagai tambahan terkini dalam keluarga Jaguar dilancarkan semalam di Indera Samudra Grand Hall, Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Pelancaran tersebut menandakan kemasukan pasaran di Negara Burnei Darussalam dihadiri lebih 100 jemputan termasuk Pengurus Besar Indera Motors Sdn bhd, Alfred Yong.


Jaguar E-Pace dilancarkan dnegan dua varian iaitu Jaguar E-Pace 2.0 Edisi Pertama AWD dan Jaguar E-Pace S 2.0 AWD.


“Jaguar E-Pace dihasilkan untuk berseronok dan kenderaan yang pintar ia sesuai bagi orang yang bekeluarga mempunyai tiga atau empat ahli, orang yang aktif dan bergaya dan peminat kereta. E-Pace adalah kereta lima tempat duduk Kompak SUV yang digabungkan dengan desain dan prestasi dari kereta sport Jaguar kepada ruang besar, praktikal dan berhubung dengan kenderaan berkemampuan all-Wheel drive”.

“E-Pace terbaru ini juga mengikut prestasi SUV F-Pace dan konsep I-Pace SUV, kata Alfred Yong”.


Dikuasakan oleh enjin Jaguar empat silinder Ingenium Petrol, E-Pace mampu menyalurkan prestasi menakjubkan, penghalusan dan bahan api yang efisien. Didedahkan disleuruh dunia pada Julai 2017 dengan mencatat rekod di Guiness World Record 15.3 barrel roll leap dan mendarat secara sempurna pada semua roda E-Pace. Ini membuktikan kenderaan prestasi tinggi dengan ketangkasan dan ketepatan.


Semasa pelancaran itu, para jemputan mengambil peluang untuk menempah uji pandu model terbaru itu. Bagi setiap pembelian Jaguar E-Pace didatangkan dengan pelan perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama 5-tahun, 3-tahun jaminan dan 3-tahun bantuan roadside.