Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, April 24, 2018

Ekspo Kereta BIBD At-Tamwil bermula 26 April ini nanti


Ini lah peluang anda untuk menyaksikan keluaran model-model terbaru dari beberapa pengedar kereta di Brunei Darussalam yang mana sempena dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, BIBD At-Tamwil Berhad akan menganjurkan ekspo kereta di kompleks membeli-belah di Gadong mulai 26 hingga 29 April ini nanti.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam ekspo tersebut ialah NBT (B) Sdn Bhd, GHK Motors Sdn Bhd, Setia Motors Sdn Bhd dan Boustead Sdn Bhd.

Ekspo tersebut dibuka kepada orang awam, di mana mereka boleh melihat model kereta terbaharu dan bagi mereka yang berminat bolehlah mendapatkan kelulusan dari BIBD At-Tamwil Berhad dengan ansuran pertama bermula pada bulan Ogos 2018.