Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, May 14, 2018

Promosi Cabutan Bertuah Sempena Ulang Tahun ke-25 Takaful Brunei Darussalam

x

Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd dan anak syarikat dibawahnya iaitu Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) & Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) akan menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun ini. 

Dengan lebih 25 tahun menyalurkan perlindungan Takaful bagi keluarga di Brunei, peniaga dan korporat, Takaful Brunei ingin menyampaikan penghargaan kepada kesemua pelanggan setia diatas sokongan mereka selama ini dengan mengadakan promosi cabutan bertuah secara suku tahunan.

Hadiah cabutan itu termasuk pakej Umrah atau London untuk dua orang bernilai B$4,000 setiap satu pakej dan pelbagai barangan gajet elektronik setiap suku tahun. Promosi cabutan bertuah akan bermula pada bulan Mei ini sehingga Januari 2019 dan akan diadakan cabutan setiap 3 bulan.

Cabutan bertuah ini hanya layak kepada pelanggan yang mengambil baru atau sudah ada produk Takaful sama ada dari TBA atau TBK. Produk yang layak itu ialah TBA Takaful Motor, Pakej Rumah Komprehensif Takaful, Takaful Personal Accident, Takaful Musafir dan banyak lagi.

Selain itu, produk-produk TBK termasuk simpanan dan perlindungan dan produk pure protection seperti Takaful Education, Takaful Nur Savings, Takaful Retirement, Takaful Employee Package, Takaful Aman dan banyak lagi.

Senarai produk penuh yang layak boleh didapati di laman sesawang Takaful Brunei bersama maklumat lanjut mengenai promosi ini. Dengan setiap penyertaan, pelanggan juga akan diberikan baucer potongan harga bersama satu tiket cabutan dibawah nama mereka.

Promosi ulang tahun ini boleh didapati dimana jua cawangan TBA & TBK atau kaunter dan juga diperluaskan ke agen diberi kuasa TBA & TBK.

Promosi ini juga boleh didapati melalui Pusat Panggilan TBA, yang mana penghantaran percuma sijil takaful pelanggan juga termasuk tiket cabutan bertuah dan baucer potongan harga.