Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, March 1, 2018

Cawangan Bake Culture ke-5 Dibuka


Oleh: Noralija Hj Daud
Tidak dinafikan perkongsian adalah suatu sikap atau perbuatan yang digalakkan jika diamalkan pada perkara yang baik. Lebih-lebih lagi perkongsian tersebut bagi merakamkan memori tentang suatu keadaan atau peristiwa indah dalam hidup seseorang. Perkongsian peristiwa atau keadaan semasa telah dijadikan slogan dan aktiviti yang digalakkan kepada pelanggan salah satu kedai roti terkenal di Negara Brunei Darussalam. Kedai roti terkenal tersebut adalah Bake Culture Brunei. Slogan mereka adalah “Share The Moments” erti kata lain kongsikan pengalaman tersebut.

Pada 27 Februari,2018 yang lalu,  kedai roti Bake Culture Brunei sekali lagi melebarkan sayap perniagaan mereka dan dalam masa yang sama telah merakamkan peristiwa indah bagi pelanggan mereka yang tersayang iaitu perasmian cawangan mereka yang bergelar “The Factory” bertempat di Menglait Gadong. Bagi pengetahuan anda, cawangan pertama Breadculture adalah di Taiwan menurut pengarah urusan mereka, Encik Wu Chun iaitu pelakon dan penyanyi yang terkenal di industri hiburan Taiwan.

Menurut pengarah urusan iaitu Encik Wu Chun ketika sessi soal jawab secara langsung di hadapan pelanggan dan jemputan terpilih serta rakan media beliau, mengapa cawangan terbaru tersebut berkonsepkan sebuah kilang roti dan digelar The Factory, ini adalah kerana  beliau  ingin  pelanggan  tersayang Bread Culture Brunei merasakan seperti mereka berada di dalam kilang roti dengan melihat sendiri bagaimana proses penghasilan variasi produk roti dan kek Bread Culture Brunei selain membuktikan kualiti yang terbaik untuk pelanggan mereka.  Sebagai tambahan kedai minuman kopi dan teh francais Gong Cha juga beroperasi di dalam “The Factory” serta terdapat ruang rehat pada tingkat “mezzanine” bagi membolehkan pelanggan menikmati pemandangan indah sambil menikmati roti serta minuman yang enak dan segar. 




Encik Wu Chun juga ingin mencipta perasaan dan pengalaman pada setiap pelanggan beliau, suatu pengalaman seperti menonton rancangan masakan terkenal iaitu “Master Chef” secara langsung. Apa yang lebih menarik pada hari perasmian cawangan tersebut, beliau juga berkongsi apa yang membuatkan Bread Culture Brunei sangat istimewa adalah  roti dan kek dihasilkan segar setiap hari dengan teknologi tempat penyimpanan roti yang sedia untuk dijual sentiasa berhawa panas berbeza dengan tempat penyimpanan roti pada cawangan beliau yang lain. Bahan-bahan kek Bread Culture Brunei juga berkualiti tinggi, seperti mentega untuk pembuatan kek dan roti diterbangkan khas dari negeri Peranchis dan lebih istimewa lagi resepi roti mereka adalah perkongsian tukang masak terhandal dari seluruh dunia seperti dari Negara Taiwan, Taipei, China, New York Amerika Syarikat, Peranchis dan England serta Brunei Darussalam.


Menurut Encik Wu Chun juga  selain memperlihatkan kualiti, impian dan visi beliau membuka Bread Culture Brunei adalah beliau ingin penduduk Brunei Darussalam menikmati budaya melalui variasi resepi pilihan produk roti dan kek beliau dari seluruh dunia memandangkan hanya sesetengah orang sahaja boleh menikmati terus dari luar negara tersebut. Berbagai aktiviti bersama tetamu dan pelanggan diadakan pada hari tersebut seperti sessi bergambar ramai bersama kanak-kanak dari Pusat Ehsan, tiga orang dari jemputan majlis tersebut iaitu rakan media atas talian berpeluang mendekorasi kek bersama Pengarah Urusan, Encik Wu Chun dan mereka berpeluang membawa kek tersebut pulang secara percuma. Tidak lupa juga sesi soal jawab kuiz dan peluang memenangi baucar Bread Culture Brunei.


Sesuatu yang menarik juga, pada hari tersebut “The Factory” melancarkan variasi kek terbaru iaitu edisi kek yang lapisan krepe dengan pelbagai pilihan perisa mengikut gelaran kek tersebut untuk pelanggan “The Factory” iaitu Matcha, Mango Tango,Oreo Choco, Belle Berry, Premium Cheese, Belgian Chocolate dan original French Vanilla. Dua variasi produk roti terbaru Bread Culture Brunei juga diperkenalkan dan hanya boleh didapati di The Factory iaitu roti berbentuk arnab dan mengandungi sebatang sosej yang digelar “Sausage Bunny Bun” dan satu lagi roti berbentuk bulat selebar tapak tangan dan mengandungi coklat yang sangat enak dengan hiasan taburan gula di atas roti tersebut, roti ini digelar “Mexican Chocolate Bun”.





Pada hari perasmian tersebut, The Factory juga mengadakan promosi jualan sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang Ke-34 tahun, pelanggan yang ke-34 boleh mendapatkan produk kek krepe terbaru mereka secara percuma dengan pembelian BND$3.40 serta buku baucar secara percuma, keistimewaan tersebut juga boleh dinikmati pelanggan yang berbelanja sehingga BND$34 dalam satu resit dan mendapat minuman panas secara percuma. Para pelanggan juga boleh menikmati potongan harga 34% untuk pembelian kek krepe penuh. Tema acara tersebut adalah #Meet&SpoilmeFactory.

Berkunjunglah sekarang ke “The Factory” bagi menikmati produk roti dan kek yang pelbagai variasi dari Bread Culture Brunei serta menikmati sendiri pengalaman memasuki kedai roti yang berteknologi dan berinnovasi terkini. Bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut kunjungi dan hubungi BreadcultureBrunei.