Mantuka

Saturday, March 3, 2018

Mazda CX-9 kini di Brunei Darussalam



Semalam orang ramai hari ini diberi peluang menyaksikan keluaran terbaru Mazda CX-9 serba baru di Bilik Pameran Mazda, Beribi.
 
Mazda terbaru ini memperkenalkan sebuah model SUV premium terbaru yang diedarkan oleh syarikat Grand Motors Sdn Bhd mempunyai fungsi serba boleh menjadi sebuah kereta sesuai untuk seisi keluarga.


Menurut Precious Casao, CX-9 dimuatkan enjin Petrol 2.5T Turbocharged dengan teknologi SKYACTIV-G menyalurkan prestasi memuaskan sambil menjaga penggunaan bahan api yang efisien. Mazda CX-9 serba baru mempunyai reka bentuk dibawah konsep ‘KODO – Soul of Motion’ tidak akan mengecewakan anda seperti desain yang cantik, mempunyai rupa bentuk yang elegan berlainan dari model-model yang ada.


Dari segi teknologi, ia dilengkapi dengan keselamatan i-ACTIVSENSE menyediakan sensor titik buta dan kamera untuk keselamatan pemandu dan penumpangnya, kawalan High Beam, amaran awal perubahan lorong dan Mazda Radar Cruise Control (MRCC) mengawal kelajuan semasa kereta dihadapan semasa menggunakan Cruise Control.


CX-9 turut dilengkapi dengan sistem infotainment sentuh yang dipertingkatkan direka untuk apa jua kegunaan. Ini termasuk USB, AUX jack, sistem audio dan Bluetooth yang boleh berhubung dengan telefon pintar dan speech recognition.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran Mazda, Grand Motors Sdn Bhd, Beribi pada 2 Mac ini bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk menyaksikan sendiri keluaran terbaru Mazda CX-9 serba baru.