Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, February 24, 2018

Malam Penghargaan untuk Pemilik Baru Lexus


Lebih 40 pemilik baru kereta jenama Lexus semalam diraikan dengan tajaan bagi menyaksikan wayang Blockbuster ‘The Black Panther’ yang sudah lama ditunggu-tunggu dipamerkan secara global.

Sebelum wayang mula dimainkan di Times Cineplex Empire, tiga pelanggan juga bertuah memenangi hadiah berupa baucer makan dari Syarikat NBT (Brunei) Sdn Bhd yang di undi oleh Penolong Pengurus Besar selepas Jualan Lexus, Haji Mansor bin Haji Mohammad Yassin dan Pengurus Lexus, Shahrum bin Haji Jaafar.



Menurut Clovien Pengurus Pemasaran NBT (B) Sdn Bhd, Awang Muhammad Clovien Abdullah Timpoh, pemberian tajaan tontonan dari Syarikat NBT (Brunei) Sdn Bhd adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan diatas sokongan terhadap Lexus selama ini. 

“Melalui acara ini, ianya akan membina hubungan erat diantara Lexus dan para pelanggannya seperti sebuah keluarga”.



Black Panther menampilkan kisah adiwira merentasi pelbagai cabaran bersama dengan Lexus FC. 

Dengan teknologi terkini, reka bentuk agresif dan prestasi tanpa bandingan, kereta tersebut sememangnya sempurna untuk karakter utama dalam filem tersebut, Wakanda yang menjadi raja sebuah negara berteknologi tinggi dan canggih di dunia. 

Filem Black Panther itu bermula dengan kepulangan Wakanda sebagai raja bagi menggantikan bapanya. Dia perlu membuktikan dirinya layak menaiki takhta dan mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapinya. 

Maka bagi memastikan adiwira itu pada prestasi terbaik, Lexus FC dicipta sebagai peralatan canggih memenuhi kehendak beliau. Ia dilengkapi dengan enjin 470 kuasa kuda, mantap dan prestasi menakjubkan dengan badan yang ringan diperbuat daripada aluminium dan karbon fiber, sesuai dengan aksi dan refleksi Black Panther.   

Bagi menyaksikan kecanggihan model Lexus FC dan aksi adiwiranya, filem Black Panther sudah pun mula ditayangkan di pawagam-pawagam Negara Brunei Darussalam.