Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, January 23, 2018

Takaful Brunei Darussalam di Pameran Pengguna Ke-20


Oleh: Adiman HT 

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Syarikat Takaful Brunei Darussalam dan anak-anak syarikatnya, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) akan menyertai Pameran Pengguna (Consumer Fair) ke-20  tahun ini yang berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 Januari 2018 dan ditempatkan berdekatan pintu utama Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Takaful Brunei yang telah menyertai acara itu setiap tahun akan mempamerkan produk-produk Takaful Perlindungan (Takaful Protection) terbaru dan terbaik serta perkhidmatan-perkhidmatan seperti khidmat Pusat Panggilan Pembaharuan TBA terbaru dan konsultasi Perancangan Kewangan Islam TBK.

Selain itu, TBA juga akan menawarkan potongan-potongan istimewa bagi Takaful Motor Komprehensif dan Home Package serta produk-produk terpilih yang lain. Promosi istimewa ini hanya akan diberikan ketika Pameran Pengguna ke-20 melalui kod-kod promosi pada risalah-risalah TBA. Kod-kod promosi ini hanya sah apabila memperbaharui atau mengambil produk-produk terpilih Takaful ini melalui khidmat Pusat Panggilan TBA di talian 2244000. Dalam tambahan pada kadar istimewa ini, Sijil-sijil Takaful pelanggan juga akan dihantar kepada mereka secara percuma.

Dalam pada itu, TBA juga akan menawarkan perlindungan Excess Buy Back (EBB) yang menampung kos yang perlu dibayar oleh pemandu kenderaan yang dibenarkan jika berlaku sesuatu tuntutan. Apa yang menariknya dalam perlindungan tambahan ini ialah ia merupakan sumbangan satu kali setahun yang secara automatik dikembalikan semula selepas satu tuntutan. Tiada sumbangan-sumbangan tambahan diperlukan selepas satu tuntutan dilakukan untuk memastikan perlindungan tambahan aktif. Para pelanggan diberikan pilihan untuk membayar sama ada 100%, 75% atau 50% perlindungan bagi EBB mereka yang membolehkan mereka untuk secara signifikan mengurangkan kos excess yang ditanggung. TBA ketika ini merupakan yang pertama dan satu-satunya penyumbang Takaful di Brunei yang menyediakan perlindungan EBB.

TBA juga akan menawarkan beberapa pelan Perlindungan & Simpanan seperti Aman Takaful, Takaful Simpanan Nur, Takaful Persaraan dan Takaful Pendidikan. Keistimewaan produk-produk TBK adalah manfaat-manfaat yang melindungi kesejahteraan kewangan dan perlindungan risiko bagi tujuan membantu individu-individu mencapai matlamat kewangan mereka. Matlamat-matlamat kewangan bersama boleh termasuk persaraan selesa, pendidikan anak-anak dan malah simpanan jangka pendek. TBK juga akan menyediakan khidmat-khidmat konsultasi Perancangan Kewangan Islam ketika Pameran Pengguna itu nanti.

Dalam tambahan, beg-beg cenderahati percuma dengan pelbagai barangan Takaful Brunei juga akan diberikan kepada individu-individu yang menyertai kaji selidik yang dijalankan oleh Takaful Brunei. Bagi sebarang maklumat untuk mana-mana produk TBA atau TBK, bolehlah melayari laman sesawang www.takafulbrunei.com.bn atau menghubungi Pusat Panggilan masing-masing.