Mantuka

Sunday, November 26, 2017

Perlindungan tambahan bagi Takaful Motor Komprehensif TBA



Oleh Adiman HT.
Gambar courtesy dari Takaful Brunei Darussalam.
Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Kini anda boleh memilih perlindungan Excess Buy Back (EBB) untuk menampung jumlah excess yang ditanggung di mana kos-kos pembaikan melebihi excess yang dapat digunakan seperti dinyatakan dalam Sijil Takaful Motor Komprehensif anda jika berlakunya hal tuntutan.

EBB layak bagi kedua-dua Takaful Motor Komprehensif Peribadi dan Komersial.

Dengan Pengembalian Semula Automatik – Tiada sumbangan tambahan diperlukan untuk memulihkan EBB anda selepas sesuatu tuntutan telah dibuat sepanjang tempoh Takaful anda.

Apa itu Excess?

Excess adalah jumlah yang perlu ditanggung oleh anda atau pemandu yang telah anda iktiraf dalam hal tuntutan.

Ada lima jenis excess:
1.    Excess Pemegang Sijil (Pemandu yang dinamakan)
2.    Excess Pemandu yang Diiktiraf
3.    Excess Pemandu Muda dan Tidak Berpengalaman
4.    Excess Had Wilayah
5.    Excess Kebakaran dan Kecurian

Contohnya:
Kos pembaikan: B$5,000
Excess yang perlu dibayar oleh anda: B$500
Anda perlu membayar excess B$500 kepada bengkel dan baki B$4,500 selebihnya ditanggung oleh TBA.
 
Apa itu Excess Buy Back?
 
Excess Buy Back (EBB) adalah pengecualian tanggungan jumlah excess dalam hal tuntutan di bawah Sijil Takaful Motor Komprehensif anda. EBB hanya meliputi excess berikut:
1.    Excess Pemegang Sijil (Pemandu yang dinamakan)
2.    Excess Pemandu yang Diiktiraf
3.    Excess Pemandu Muda dan Tidak Berpengalaman
 
Pilihan Excess Buy Back

Terdapat tiga pilihan untuk dipilih:
Pilihan 1 – 100% Excess Buy Back
Pilihan 2 – 75% Excess Buy Back
Pilihan 3 – 50% Excess Buy Back
 
TBA akan masing-masing mengecualikan 100% atau 75% atau 50% jumlah tanggungan excess di mana KOS PEMBAIKAN MELEBIHI excess yang dapat digunakan seperti dinyatakan di dalam Jadual ketika satu tuntutan kerosakan dibuat di bawah Sijil Takaful Motor Komprehensif anda.
 
Bagi keterangan lanjut sila hubungi Pusat Panggilan TBA di talian 2244000 atau kunjungi cawangan terdekat kami. Layari laman sesawang kami di www.takafulbrunei.com.bn.