Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, November 17, 2017

Jerayawara Akhir Tahun Extravaganza QAF Auto di Mall, Gadong


Gambar courtesy dari QAF Auto Sdn Bhd.
Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Ingin membeli kereta eksklusif? 

Syarikat QAF Auto ketika ini mengadakan tawaran hebat akhir tahun Extravaganza BMW di jerayawara BMW di Mall Gadong.

Jerayawara selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November mempamerkan model-model terkini seperti BMW 118i dan BMW X1 sDrive20i dan BMW 318i.



Selain menawarkan pakej promosi termasuk perkhidmatan penyelenggaraan BMW 5 tahun atau 100,000km, baucar perjalanan ke destinasi pilihan pelanggan juga turut diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian BMW.

Selain itu, cenderamata BMW dari koleksi BMW Lifestyle juga boleh diperolehi dengan 10 peratus potongan harga. Peminat BMW boleh menikmati barangan berkualiti tinggi dan tulen pada jerayawara dijalankan.

Apa yang menarik, jika pelanggan membeli apa jua kereta MINI, secara otomatik akan menerima baucer pelancongan bernilai sehingga B$2,500. Selain itu, pelanggan yang ingin jual balik kereta mereka boleh mengisi borang yang disediakan akan menerima baucer minuman secara percuma.


Antara model eksklusif dipamerkan ialah BMW118i menjadi kereta sesuai bagi pemanduan di Bandar berharga dibawah B$50,000. Ia dilengkapi dengan BMW TwinPower Turbo, stereng kulit, Park Distance Control (PDC), tayar aloi dan banyak lagi.