Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) menawarkan cara terbaru untuk pelanggannya membayar Takaful Motor dan Kebakaran kompehensif.
Pelanggan TBA sekarang boleh membaharui atau mengambil produk terbaru takaful melalui Pusat Panggilan TBA dan membayarnya melalui BIBD online atau Aplikasi Mobile. Selain cara pembayaran mudah ini, perkhidmatan ini juga termasuk penghantaran percuma sijil Takaful pelanggan yang berada dikawasan Brunei Muara, Kuala Belait dan Seria pada hari yang sama atau keesokan harinya mengikut terma dan syarat.
Baru-baru ini juga Takakul Brunei telah dianugerahkan syarikat terbaik Takaful tahun 2017 semasa Persidangan Takaful Antarabangsa ke-11 di London, Kensington. Ia adalah titik sejarah penting memenangi anugerah sebagai komitmen TBA untuk menyalurkan nilai takaful yang kuat dalam pasaran menjadikan TBA sebagai nama keluarga dalam industri Insuran/Takaful di Negara Brunei Darussalam.
TBA juga menjadi operator pertama Takaful/Insuran untuk memberikan perkhidmatan ini di Burnei Darussalam yang dipimpin oleh kumpulan berdedikasi dari operator Pusat Panggilan di TBA. Pusat Panggilan TBA di talian 2244000 memberikan perkhidmatan hotline penundaan kecemasaan 24 Jam, produk dan pertanyaan am dan diperluaskan lagi dengan tambahan perkhidmatan pembaharuan Takaful Motor dan Kebakaran.
TBA percaya dengan memperluaskan lagi rangkaian diluar kaunter, TBA dapat meningkatkan lagi pengalaman pelanggan dan mengembangkan industri Takaful/Insuran mengikut permintaan pasaran.
Sebagai ketua pasaran dalam industri Takaful di negarai ni, pengalaman sejak beberapa tahun dalam perkhidmatan pelanggan telah membawa TBA bukan saja menghasilkan produk terbaru dan juga memenuhi keperluan industri korporat dan pelanggan runcit yang semakin bertambah.
Pelanggan setiap hari biasanya terlalu sibuk dnegan kerjaya seharian dan TBA memahami cara mudah untuk membuat pembayaran pelan perlindungan/Skim Takaful melalui online dengan penghantaran percuma yang membantu mengurangkan masa penting pelanggan.
Cara mudah untuk membayar online atau melalui aplikasi mobile melalui Pusat Panggilan TBA boleh didapati di laman sesawang Takaful Brunei dan rangkaian media social (Facebook dan Instragram). Perkhidmatan Panggilan TBA 2244000, beroperasi dari Isnin hingga Khamis (8 pagi hingga 9 malam), Jumaat (8 pagi hingga 11 pagi, 2.30 petang hingga 9 malam) dan Sabtu (8 pagi hingga 5 petang).